Wednesday, July 13, 2016

Insyirah III

   

   Cawan putih seramik bercorakkan bunga matahari kuning raja digoyang perlahan. Gula yang berbaki di dasar cawan menari-nari dek kerana pusaran air. Haruman teh o strawberi yang dibeli ibunya ketika bercuti di Cameron Highlands menyerbu masuk ke rongga hidung Hayati. Khalid suka buat suprise tau, dan selalunya benda yang dia buat tu memang kita takkan terfikir langsung. Etty bermonolog sambil mata merenung bendera Malaysia yang berkibar di halaman rumah bapanya. Sejak zaman sekolah lagi,  ramai kawan-kawannya berseloroh dengan "semangat patriotik" keluarga mereka. Ini semua dek kerana tiang-tiang mengibarkan bendera yang terpacak di hadapan rumah mereka itu. Ada bendera Malaysia dan Wilayah persekutuan yang megah beralun ditiup angin. Tetapi Etty tak ambil hati pun, baginya ia sesuatu yang unik kerana rumah-rumah lain tiada. "Rumah kau ada ke?" balasnya dengan senyum sindir kebiasaannya sebelum diiringi gelak-tawa. Perkara yang membuatkan Hayati termenung adalah kerna drama awal pagi tadi selepas subuh. Manakan tidaknya, Khals pulang ke rumah dengan sejambak bunga rose carnation half bloom dihiasi senyum manis!

 "Gila ke apa mana you dapat bunga rose tengah-tengah pagi macam ni??" Hayati keliru bercampur terharu dengan pemberian suaminya.

" rahcieww la" balas khalid sebelum laju bibirnya singgah di telinga Hayati, "pour toi mon amour". Etty kaget. Terkejut dengan reaksi spontan Khalid ditambah dengan bahasa asing yang ntahpapalah maksudnya tu.

"Khals, ibu tu ada kat sini..ee jaga sikit kut ye pun."
Puan Salmah hanya tersenyum kecil sebelum menggeleng perlahan. 

   Hayati duduk mengisi waktu paginya kali ini dengan mencari idea bagi menulis catatan di dalam buku rancangan pembelajaran hariannya. Buku rancangan pembelajaran harian ini memang wajib bagi setiap insan yang bergelar guru. Melalui buku ini segala perkembangan dan jadual pembelajaran dapat dikawal agar seiiring dengan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Hasilnya, para guru akan lebih cakna dan cekap dalam mengendalikan kelas mereka. Tetapi hakikatnya bukan semua orang suka menulis laporan ini setiap hari, termasuklah dirinya. Sebab itu kebiasaannya di hujung minggulah baru dipulunnya menulis segala laporan kelas dan tak lupa juga aktiviti persatuan yang berada di bawah bimbingan Hayati. Namun hari ini fikirannya melayang jauh. Jauh ke dalam celah otaknya merenung dan mengambil ibrah daripada apa yang diceritakan oleh Khals pagi tadi.

"Biasakan kamu selesa dengan tidak diberi. Kenapa kita boleh selesa dengan apa yang tidak diberi? sebab yang disimpan dengan kita selesa tak diberi lebih baik daripada apa yang kita dapat kalau kita diberi."

   Ungkapan itu terus bermain-main di minda Etty. Kini dia sedar, bahwa semua mehnah dan benda yang terjadi ini sebenarnya satu nikmat! ahh gila apa dugaan sehebat ini yang menganggu hidupnya berbulan-bulan dianggap nikmat?! Benar, ia nikmat yang hanya dirasai oleh orang yang melaluinya, a blessing in disguise. Nikmat merasa cintanya tuhan pada hambanya. Ujian yang diberikan adalah untuk melihat tahap kebergantungan seorang hamba kepada tuhannya. Dan selama ini Etty tewas, tewas dengan perasaan dan akalnya. Seorang Hayati kini telah sedar dari tidur yang lena, dari lamunan mimpi yang panjang.


 "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan 

mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum 

diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).


   Buku rancangan pembelajaran harian kini tersadai diatas meja. Buaian besi di bawah garaj kereta sesekali bergoyang ditiup angin yang bertiup nyaman. Kelibat Hayati telah hilang daripada pandangan. Pergi menghadap tuhan yang esa, sujud mengucup bumi tanda kesyukuran. Begitulah manusia, bilamana dugaan tuhan datang, kita terlalu cepat melatah. Amat jarang sekali kita melihat kebaikkan yang datang seiiringan dengannya. Moga kita selalu redha dengan ujian dia atas muka bumi ini demi kenikmatan di syurgawi nanti.


2 comments:

  1. ceritanya sampai sini je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni masih tiada sambungan. inshallah akn cuba nanti,huhu

      Delete