Usai solat teraweh,aku
melangkah malas ke bahagian belakang masjid.Mata meliar memerhati insan-insan
tua,warga emas yang turut sama menapak ke meja makan.Pihak masjid sediakan
moreh setiap hari sepanjang bulan ramadhan ini.Juadah kebiasaannya bihun goreng,mee
goreng tak pun nasi goreng.Bila semua dah pancit semayang 20 rakaat,tambah
pulak witir 3 rakaat,tekak ni telan je apa yang ada.Tawar tak tawar.Pahit tak
pahit.semua aku telan je.Hari ini,hari terakhir bagi ramadhan tahun ini,Terasa
betul sekejapnya masa berlalu.Bertapa aku sendiri pun tak puas lagi nak
menikmati nikmatnya beribadah dalam bulan yang mulia ini.
Karipap berintikan kari ayam kusuap perlahan ke dalam mulut.sedap,walaupun kebanyakkannya karipap angin.”haishh,,mencari rezeki pun ada jugak orang yang sanggup menipu demi keuntungan lebih”.Tapi bukan isu karipap angin ni yang buat aku berpikir panjang,tapi sebab pak cik,atau lebih mesra atok sebelah aku ni yang menarik perhatian aku.Dari tadi aku perhati sahaja beliau melalui ekor mataku.Kopi pekat hitam di tangannya masih tak luak,karipap pun hanya dikemut sedikit demi sedikit.Mukanya keruh.
"Mungkin memikir anak-anak yang tak
pulang beraya kut"getus hati aku.Aku cuba beramah mesra,iyelah,,bab-bab
perasaan ni bila dikongsi,akan terasa lebih lapang dan senang hati.
"Sedap karipapnya cik?" aku berbasa-basi,melempar mata kail.
Soalan ku dibalas dengan pandangan matanya yang redup diiringi dengan segaris senyuman.Senyuman yang dihiasi gigi yang sudah berselang-seli ghaib dan kedut yang jelas merekah.Mendamaikan.
"boleh la dik,pak cik ni dah tua,,idok le merasa ape dah kuih-kuih ni,semua nya sama aje pak cik raso," ujarnya sambil tersenyum kecil.umpan dah kena.
aku teruskan perbualan,
"ate,ngapanye muka acik kelat aje ni cik,anok-anoknye idok balik beraye ke?" sengaja aku test power guna loghat perak meraikan pak cik ni.Buruk benar bunyiknya!
Pak cik masih lagi mengemut keripap di tangannya.tekun betul dia.
"idok le dik oi,anak-anak pak cik semuanya balik.Hok di kuala lumpor,pahang,johor semuanya ada.Bukan itu yang pak cik keluhkan."
"ohh,semuanya ada la ye cik,dah kahwin semuanya cik? kusambung bicara.
"alhamdulillah.rezeki tuhan nak bagi,semuanya dah
kahwin,cucu pak cik aje dah ada 12 orang.4 orang duduk dengan mak bapaknya di
kuala lumpor,si along,yang nombor dua,lima orang anaknya duduk di
johor.haa,yang nombor tiga duduk di pahang,anaknya tiga.Bolehlah..."
aku balas dengan anggukkan.tanda faham dan menghormati.
aku balas dengan anggukkan.tanda faham dan menghormati.
"kamu ni asal mana? duduk di sini ke?" pak cik balas servis.
sambil tersenyum,
"ahhaa,saya ni asal selangor cik,,tinggal kat sini,negari sembilan.mak ngan abah kerja sini."
balasku.
"oh,asalnya selangor".Pak cik merenung seketika,mungkin cuba membayangkan negeri selangor.
aku masuk topik balik,"kenapa mukanya keruh semacam aje cik?,haha".soalan ku saja diiringkan dengan tawa agar tak nampak serius sangat.busy body benor kata orang!.
"tidaklah dik oi,,acik ni dah tua.entah sempat entah tidak merasa ramadhan lagi tahun depan.itu yang pak cik dok termenung tu.tahun ni dah habis.terase kejap benornya puasanya."
Aku terdiam.dalam,memang dalam dan sentap apa yang pak cik ni cakapkan.Iye,memang lah logik dikatakan jika pak cik dengan usianya yang mungkin sudah menjangkau 70-an ini tidak akan bertemu lagi ramadhan pada tahun hadapan,tapi..Mati tidak mengenal usia dan kesihatan.semuanya tetapan Tuhan.Orang muda pun boleh mati.
Ramadhan 1435H.Sempat lagikah kita
bertemu pada Ramadhan yang akan datang?. Masih adakah pelunag untuk kita
merasai nikmat dan syahdunya beribadah dalam bulan yang mulia ini?.allahurobbi..sedih
bila memikirkannya.Moga semua amal kita diterima disisi Allah.Taqaballahu minna
wa minkum.
No comments:
Post a Comment