Dingin dan sunyi sepi. Itulah gambaran suasana kampung Teji saat jam menunjukkan jam 10 malam. Alhamdulillah malam ini kami empat beradik akan bermalam di rumah Amek Duya. Masa mula-mula terbaca ada slot bermalam di rumah keluara angkat saya aggap yang it never gonna happen. haha..Bukan apa, pertamanya sebab keluarga-keluarga angkat kami semuanya ada bilangan keluarga yang boleh tahan ramainya. Pastu kalau nak bermalam di rumah kak Liza kurang manis sebab dia sendiri belum berkahwin dan bapanya telah lama tiada. Rumah amek Khamisah beliau sedang sarat mengandung dan akhir sekali Amek Duya tinggal berlima bersama suami dan anak-anaknya. Jika ditambah kami nanti, semakin banyak perut perlu diisi dan besar pula perbelanjaannya kan. Akhirnya selepas berkira-kira nak tanya kesudian mereka untuk melayani permintaan kami bermalam di rumah mereka, saya serahkan pada yang pakar dalam berkata-kata dan memujuk, sisters.haha..Ba'da zuhur hari keempat Sue datang menyapa, katanya Amek Duya on je untuk bermalam dirumah dia. Saya salute orang perempuan, kerja bermadah sebegini memang kepakaran mereka.hiks!
Nabil,saya, aber dan adik-adik lelaki tidur di ruang tamu rumah manakala Dahlia menemani geng wanita tidur di dalam bilik. Yang seronoknya ialah kami tidur di dalam kelambu! wuhuuuu.. Dah lama tak tidur dalam kelambu, pada hemat saya kali terakhir saya tidur berkelambu adalah kira-kira 8 tahun yang lalu. Waktu tu Opah masih ada. Rumah opah memang sejuk dan banyak nyamuk sebab dekat dengan sungai. Opah baru sahaja pergi meninggalkan kami pada bulan April yang lalu. Moga bahagia beliau disana sementara menunggu kami menyusul tiba. Usai taraweh tadi kami moreh dahulu di ruang tamu bersama amek dan aber. Sebiji durian dipadankan dengan teh panas bancuhan aber, fuh memang kenyang betul,haha.. Sewaktu moreh ini juga kami bertukar cerita dengan amek dan aber tentang kehidupan mereka. Rupa-rupanya Aber pernah terlibat dalam kemalangan dan koma selama 1 bulan, allahu. Faiz masih dalam kandungan amek Duya sewaktu kejadian itu berlaku. Aber bercerita yang motor ditunggangnya dihalang seorang penunggang motorsikal yang mabuk. Kata aber, lelaki mabuk tersebut sengaja memandu tepat ke arah mereka,
Kami tidur beralaskan karpet tebal
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu..." ali-imran:185
"...Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."
ali-imran: 185
Sesungguhnya kehidupan kita hanya sementara diatas dunia ini, untuk itu perlulah kita mempersiapkan diri untuk ke alam yang seterusnya. Sehubungan dengan inilah kami mengadakan kursus pengurusan jenazah disini. Alhamdulillah sambutannya memuaskan daripada amek-amek di kampung Teji, jajak pun turun padang tau!haa.. Aber Karim pula mewakili kaum lelaki katanya. Takpalah asalkan ada wakil lelaki seorang,huhu. Rasyid dan Paan mengajar dan memberi penerangan dengan sangat baik sambil dibantu Jai sebagai jenazah yang dimandikan dan dikhafankan. Bergelak tawa kami dibuatnya melihat aber Karim menguruskan Jai si jenazah hidup,haha.. Sesi kami yang bermula selepas waktu zuhur hari kelima disini berakhir pada waktu asar. Alhamdulillah pendekatan praktikal dan QnA yang digunakan berjaya menarik minat mereka untuk turut serta dalam kursus tersebut.
Setiap soalan yang berjaya dijawab akan diberi hadiah berupakan perkakas dapur. Selain slot pengurusan jenazah, kami juga mengadakan slot fadhu ain dimana kita ajar cara-cara untuk solat dalam keadaan sakit seperti solat duduk, baring dan solat menggunakan isyarat mata. Pendekatan yang sama digunakan iaitu dengan amali dan QnA. Mungkin terlalu banyak untuk mereka hadam dalam tempoh yang singkat ini, tetapi tidak mengapa kerana kami melihat penduduk Teji dahagakan ilmu. Sinar islam disini akan terus terbit tinggi dan memayungi hidup mereka kelak, inshallah.
Malam akhir
Malam ini merupakan malam terakhir kami di disini setelah lima hari berpuasa di perkampungan Teji, Abu dan Senangkar. Sebelum masuk waktu maghrib, kami semua menghantar juadah berbuka kepada semua keluarga angkat di ketiga-tiga buah kampung. Arahannya untuk deliver juadah dan pulang ke base. Terpaksalah dengan berat hati saya dan Nabil menolak pelawaan amek Duya untuk iftar dirumahnya. Sedih juga tapi memang kami dah pesan pada amek sewaktu asar tadi untuk tidak masak banyak-banyak kerna kami tak iftar sekali. Sebabnya ada program di Kampung Abu pada malam harinya. Sesi penghantaran juadah juga hanya dijalankan anak-anak lelaki UIA, sisters semua stay di base.
Nak dijadikan cerita sewaktu saya dan Nabil menapak pergi dari rumah amek Duya, kami berselisih dengan aber Roslan yang baru pulang dari kedai runcit. Dalam raganya ada sebotol air coca-cola. Coca-cola pastu sejuk pulak tu gais, sejuk!hahaa.. Selepas seminit bermesyuarat dengan Nabil, kami sebulat suara untuk stay dan iftar di rumah amek Duya, wuhuu..Sori PC terpaksa langgar arahan, coca-cola sejuk dah bermain di minda.gelak kecil.
Usai teraweh di Teji, kami dan beberapa rakan yang lain menapak pulang ke kampung Abu. Malam ini ada slot tayangan video dan post mortem. Alhamdulillah sewaktu tayangan video biro katering menyajikan kami dengan pelbagai keropok dan cekodok
Inshallah akan tamat pada entry akan datang,sikit lagi. senyum lebar.
LINKS
TAS I
TAS II
TAS III
TAS Epilogue
No comments:
Post a Comment