jalan menghala ke Kampung Senangkar |
Ramadhan
Tidak ramai yang tahu tahun keberapa pensyariatan puasa bermula di dalam agama islam. Menurut Ibnu Hajar al-Asqalani, sebelum umat islam diunjurkan untuk berpuasa di bulan Ramadhan mereka hanya berpuasa pada hari Asyura. Kali pertama umat islam berpuasa hari Asyura adalah pada tahun kedua hijrah. Tika itu penghijrahan baginda nabi SAW ke kota Madinah berlaku pada bulan Rabiul awal, yakni bulan yang ketiga dalam kalendar hijrah. Baginda SAW hanya mengerjakan puasa hari Asyura pada bulan Muharram tahun seterusnya. Kemudian pada bulan Ramadhan tahun yang sama, kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan disyariatkan. Hal ini bermakna umat islam mula berpuasa di bulan ramadhan pada tahun ketiga hijrah.tadaa
Apa signifikannya dengan masyarakat TAS? disini dapat kita lihat bahawa ibadah berpuasa merupakan antara ibadah yang istimewa berbanding ibadah lain. Sepanjang bermulanya kemasukkan anak-anak UIA bermula tahun 2005, ibadah puasa amat sukar dijalankan praktikalnya. Nah, disebabkan bulan ramadhan hanya berlaku sekali sahaja setahun, sukar untuk menyusun masa agar program dapat dijalankan pada bulan ramadhan. Namun alhamdulilah kali ini ia berjaya dilakukan meskipun berdepan banyak dugaan dan rintangan. Sesungguhnya pengalaman berpuasa di sini amat luar biasa bagi saya.
Solat Taraweh bersama penduduk Kg Teji |
Keluarga angkat
Untuk IPTA kali ini kami empat beradik diamanahkan untuk menjaga 4 buah rumah. Tiga orang adik-beradik angkat saya ialah Nabil, Sue dan Fatin. Dua daripada kami yakni Nabil dan Fatin baru kali pertama menyertai program IPTA, so macam balance lah sebab ada Sue lejen Comrade,haha. Hasil daripada kerja team Research and Development (RND) diketuai Jai, setiap rumah disini telah diletakkan nombor terlebih dahulu oleh team RnD untuk panduan kami. Makanya, kami diamanahkan untuk menjaga empat buah rumah, bermula daripada no 15 hingga 18. Daripada keempat-empat buah rumah ini, satu daripadanya adalah non-muslim. Pada mulanya kami sangka mereka beragama islam sebab nama mereka nama orang melayu, rupa-rupanya bukan. Tapi depa rilek ja kami sembang pasal puasa, alhamdulillah la tak melenting ke apa. Lagipun kita datang nak berkongsi en, jadi tiada paksaan pada mereka untuk dengar mahupun masuk ke dalam islam itu sendiri. Sebagai dai kita hanya berusaha, namun hidayah tu milik allah. Moga aber Halim dan isterinya diberikan hidayah untuk memeluk islam kelak.Ameen.
Tiga lagi rumah pula didiami oleh keluarga yang sama. Rumah nombor 15 didiami amek Maimun bersama anaknya abang Azizam dan Kak Liza. Amek Maimun ada lima orang anak, yang nombor satu namanya amek Azizah tinggal di Sg Mansun. Tapi beliau dan anak-anaknya ada di Teji sepanjang cuti sekolah ni. Anak kedua namanya amek Khamisah, menetap di rumah sebelah amek Maimun, rumah nombor 16 manakala Kak Liza anak bongsu dan abang Azizam keempat. Akhir sekali, rumah ke 18 didiami oleh aber Roslan dan Amek Duya. Amek Duya ada tiga orang anak, semuanya masih bersekolah rendah. Rodimen darjah 5, Dahlia darjah 2 dan akhir sekali Faiz darjah 1. Perangai budak bertiga ni mashallah, asyik bergelak je kami dibuatnya, jenis tak boleh duduk diam la senang cerita. Paling comel si Dahlia la, garang betul melayan Faiz sebab boleh tahan nakal si bongsu tu. Terhibur betul kami dibuatnya.
Nadi Kehidupan
Air boleh dikatakan sebagai nadi kehidupan. Dimana sahaja ada air, disitulah munculnya peradaban. Misalnya peradaban mesir Purba di Sungai Nil dan tamadun Mesopotamia yang terletak antara sungai Tigris dan Euphrates. Malah dinyatakan di dalam quran bahawa manusia itu hampir majoriti komposisi tubuhnya terdiri daripada air.
" Dan Dia (pula) yang menciptakan manusia dari air lalu dia jadikan manusia itu (punya) keturunan dan musaharah dan Tuhanmu adalah mahakuasa." (Al-Furqan: 54)
Tubuh manusia mengandungi air secara bervariasi di setiap bahagian, contohnya otak mengandungi 70% air, paru-paru mengandungi 90% air, bahkan tulang kita terdiri daripada 20% air. Nah hebat bukan? dah intro panjang-panjang ni nak cerita apa sebenarnya ni?
jernih airnya |
Saya dan Nabil ditemani Rodimen, Sumayyat dan Faiz menapak ke kawasan sungai yang mereka kata
Bahasa Semai
Selama 4 hari disini juga kami menimba ilmu bahasa kaum semai dengan amek,aber dan adik-adik. Kadang bila lepak dalam rumah mek Duya kami perhati sahaja si Dahlia entah apa yang dibebelkannya. Yang jadi mangsa leteran tak lain tak bukan Faiz,haha..Jadi, berikut merupakan sedikit glosari frasa BM-Semai yang sempat kami semua gabungkan.
📚Mari Kongsi Ilmu📚
OA Language
chip maraih-pergi sana
chip madeh-kemari
malok-pegi mana?
aborbabor-baik/bagus
goui-duduk
cha madeh-makan cepat
tinmot-hantu
gerlao-tipu
goi senget-duk diam
jup madek-balik rumah
top blovk sluar-pi pakai seluar
omdet-tidur
kuit-bangun
jar-lari
pucuk kalie-pucuk ubi
mong padek-ada di rumah
biluk-senyum
achek-anjing
bah nyam-budak2
borik kabar-apa khabar
ambok chenok-dukung belakang
kenel pok-anak ayam
cheloh-turun
Kucik-kucing
Kahel-penat
Bebet/bet-tidur
Gaget-cepat
Pok-ayam
Garon-rongak
Lemoi-gigi
Lapar-cuap
Kenyang-ba'akhir
#sharingiscaring
"sebarkanlah kepadaku walaupun satu ayat"😊
Alhamdulilah selesai sudah bahagian kedua daripada Trilogi TAS ini, nantikan bahagian terakhir! doakan saya rajin menulis,haha
Links
TAS I
TAS II
TAS III
TAS Epilogue
Links
TAS I
TAS II
TAS III
TAS Epilogue
Whoaa rajin menulis ea izzat. Cepat.Nak baca bahagian terakhir. Haha
ReplyDeletesaja isi masa lapang yang dah taktau nak buat apa shosem ni,haha..
DeleteBerjayaa gak singgah satt..(*^▽^)/
ReplyDelete#idola
uish lejen comment, terharu
Delete