Saturday, July 04, 2015

Heshtag Love wins

[Pengesahan Perkahwinan Sesama Gender]




   Baru-baru ini,bumi Uncle Sam digegarkan dengan berita bahawa kerajaan Amerika pimpinan presiden Barrack Obama memberi status sah atau legal untuk same sex marriage di kesemua 50 negeri di Amerika Syarikat.Kenapa kita berbincang perihal hal ini sedangkan kita bukan rakyat Amerika dan ia tida kena mengena dengan kita?. Jika anda berfikiran bahawa undang-undang tersebut tidak membawa sebarang kesan walau sekelumit cuma kepada rakyat Malaysia atau khususnya diri anda sendiri,Anda salah.

   Sehingga 26 Jun 2015,hampir 18 negara telah pun mewartakan perkahwinan sesama gender adalah sah dan dibolehkan.Namun,apabila US Supreme court rules gay marriage is legal nationwide, Google juga meraikan ia.Sebab utama kenapa hal ini berkait rapat dengan kita adalah kerana realitinya majoriti negara di dunia ini berkiblatkan Amerika Syarikat.
Ops,dont get me wrong,this has nothing to do with aqidah.  Kiblat yang dimaksudkan disini ialah dunia melihat Amerika Syarikat sebagai benchmark.Bilang sahaja sektor apa, pendidikan,pembangunan,hak asasi mahupun kajian sains malah hiburan semuanya disandarkan kepada negara Uncle Sam.Maka,undang-undang ini jelas akan memberi kesan secara tidak langsung kepada kita.

   Same sex marriage atau cinta sejenis ini telah lama diharamkan oleh islam itu sendiri.Bukalah dan bacalah ia di dalam surah as-syuara,at-tahrim dan 10 lagi surah yang lain.Semuanya membawa mesej yang jelas bahwa perbuatan homoseksual adalah hina dan dibenci Allah s.w.t.Untuk berbicara dari segi agama saya bukanlah orang yang layak,namun dengan kecetekan ilmu yang ada pada saya,maka akan cuba saya ulas kesan buruk undang-undang ini kepada kita dari sudut fitrah seorang manusia.

   Kesan pertama yang akan kita rasai dari penghalalan undang-undang ini ialah tidak mustahil selepas ini berbagai lagi tuntutan mengarut akan dikemukakan agar sah disisi undang2.Sehingga tarikh saya menulis artikel ini,sudah ada ura-ura bahwa perkahwinan manusia dengan haiwan juga ingin di legalise kan.Allah! bertapa hancurnya manusia zaman kini.Setelah diciptakan manusia itu berpasangan lelaki dan perempuan,kini mereka hendak menyamakan ia dengan haiwan pula.Ikhwah wa akhawat fillah,tidak mustahil jika saya katakan gelombang kemaksiatan ini juga bakal tiba dan menghantui tanah air kita sendiri kelak.Moga allah memelihara diri kita,keluarga dan negara tercinta ini dari wabak kerosakan manusia ini.

Two magnet with the same pole would NEVER stick together.It REPEL.

   Seterusnya,pemikiran dan tahap kesediaan umat islam untuk menerima undang-undang ini pasti akan berubah.Jika dahulu masyarakat kita memandang hal ini sebagai hal yang jijik dan kotor,tidak mustahil selepas ini orang islam sendiri meraikan ia sebagai hak asasi dan kebebasan individual.Sungguh,ia sangat mengerikan apabila terbayang anak-anak muda generasi hadapan memandang gay,lesbian dan yang sama waktu dengannya sebagai satu entiti yang suci.Kerna sesungguhnya tuhan mencipta adam dan hawa,lelaki dan perempuan.tidak ada yang selain dari itu.Jika ada pun segelintir kes terpencil seperti khunsa selalunya ia akan berakhir dengan individu tersebut memilih gender yang sesuai mengikut naluri dan pertumbuhan fizikalnya.

"God created Adam and Eve, Not Adam and Steve"

Jika kita baca semula tulisan-tulisan tafsir tentang kisah Nabi Luth dan penduduk kota Sodom,isteri baginda bukanlah seorang lesbian namun ia ditimpa laknay allah dan hancur bersama semua penduduk kot Sodom.Mengapa begitu? kerna isteri Nabi Luth menyokong penduduk kota Sodom yang mengamalkan seks sesama gender.Allah,jelas bahawa bukan pelaku sahaja yang ditimpa laknat allah,malah penyokong kepada perbuatan jijik ini juga dilaknat allah.Sahabat,ketahuilah walau dengan ayat "we should respect each other and their decision" mungkin telah menjatuhkan anda dibawah satu kategori sama seperti isteri Nabi Luth a.s!. Berhati-hatilah dalam berbicara dan berperlakuan, moga allah pelihara kita semua.

   Dan yang terakhir sekali,sudah jelas tanpa bersuluh bahawa dunia ini sedang menuju ke pengakhiran yang abadi.Dimana menjadi seorang muslim yang hanya mengamalkan normaliti seorang muslim seperti solat lima waktu dianggap orang yang alim.Allah,tandanya semakin jelas dan banyak.Benarlah sabda nabi,

 "Islam itu asalnya asing,dan pada akhir zaman ia akan kembali menjadi asing.maka beruntunglah orang-orang yang asing"
-hadis riwayat Muslim, dari Abu Hurairah

Definisi asing dalam hadis diatas bukanlah mutlak diberikan bagi seseorang yang tampil berbeza di tengah-tengah masyarakat.Namun asing disini membawa makna seorang muslim yang melaksanakan syariat islam dengan benar ketika masyarakat melupakannya.Ketika ia melaksanakannya, masyarakat di sekitarnya mengingkari bahkan menentangnya.Makna asing disini juga dijelaskan dalam hadis lain sebagai, "orang-orang yang berbuat kebajikan ketika manusia rosak".Sahabat sekalian,akui lah bahwa kita umat akhir zaman.Kita telah sampai ke penghujung alam dunia ini dan bakal beralih ke alam barzakh dan seterusnya hidup yang abadi baik di syurga atau mohon dijauhkan neraka yang maha ngeri itu.

   Ambillah peluang dan ruang di bulan yang mulia ini untuk memperbaiki diri bagi menghabiskan sisa usia kita di atas dunia ini.Jangan malu untuk mengakui kelemahan diri,jika tidak bagaimana orang nak bantu.Cukupkan solat,jaga mata,jaga hubungan dengan mak dan abah,treat people in the best manners dan banyakkanlah berdoa agar kita tergolong dalam hamba-hamba yang diampunkan dan diredai allah.

Marriage is a bonds of love between two person comprise of a male and a female.Not a bonds of love between two person.


   Realitinya,dengan undang-undang homoseksual ini di legalise kan di benua barat sana,implikasinya tetap akan dirasai hingga ke timur dan seluruh pelosok dunia.Sudahlah masyarakat kita suka mengikut budaya orang sana,moga pihak yang mempunyai kuasa di tangan mereka baik kerajaan mahupun pembangkang membuat langkah yang sebaik-baiknya untuk menangani masalah ini.Masyarakat juga harus memainkan peranan mereka,tidak mengira agama,bangsa,usia mahupun fahaman parti politik.Bukankah masyarakat timur dikenali dan disegani kerna adab dan gaya hidup mereka yang sopan dan berbudi?.Ini negara kita,ini tanah air kita,sama-samalah kita memelihara ia agar rahmah dan kerbekatan tidak ditarik dari bumi yang bertuah ini.

telitilah dan renungilah potongan ayat dari Surah As-Syuara' ayat 165-166,

"Patutkah kamu melakukan hubungan sejenis dengan lelaki dari kalangan manusia (berbuat homoseks)"

"Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh tuhan kamu untuk kamu (melakukan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? kamu (memang) orang-orang yang melampui batas!"

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment