Thursday, July 23, 2015

Riang Ria Raya Rabu [4R]

  Hari yang ternyata amat menggembirakan dan bermakna.Masa berkualiti yang dapat kita habiskan bersama benar-benar saya hargai dan pasti akan diingati hingga saat hujung usia nanti.22 Julai 2015,satu hari beraya sakan meronda kawasan di Sepang dan Serting.Pada awalnya tak jangka nak luangkan masa gini sekali,plan pun memang last minute.Tambah pula pakai tangkap muat je siapa yang nak join.Tapi alhamdulillah,  lapan rumah dan 1 maktab berjaya diziarah.

   Sebelah paginya.berkumpul bersama dengan rakan-rakan seperjuangan di SMK BBST.Geng prep pagi,petang dan geng sama-sama menggila jawab PMR.haha.Alhamdulillah,sebuah rumah di Bagan lalang(Azira AB) berjaya ditawan.Air dia manis-manis semuanya sebab senyum banyak sangat kut masa bancuh,kahkah.Seterusnya ke Tanjung Sepat(Hajar/naeim),Dua buah rumah ditawan dan akhir sekali ke Bukit Pelanduk(Ajeera) sebelum destinasi zuhur,Nilai(JatDin). 5 rumah berjaya diziarah walau jadual agak sikit terganggu sebab radhi lambat bangun!haha.Alhamdulillah tahun ni dapat sampai ke rumah-rumah yang tahun lepas tak sempat singgah.Walaupun agak sedih sebab tak dapat join berkonvoi sebelah petang kerna ada komitmen lain.Apa-apa pun,terbaik lah Gais! mintak maap lah dapat serve kuih je takda masak apa-apa masa di rumah saya.haha.

   Selesai zuhur,sesi kedua diteruskan dengan sahabat-sahabat dari MRSM Serting pula!.Plan asal nak gerak jam 2 petang dari Nilai ke tanah tumpah darahku,Serting.Mana tak tumpahnya,first game dah terkoyak kening den main ragbi! haha..Last-last pukul 3 baru gerak dari nilai.Almaklumlah driver kereta,Pres Syafiq kepenatan sebab baru pulang dari negeri Kedah awal pagi hari..Terpaksa cheq ambik alih tugas driver ke serting.Perjalanan ke Seremban guna Lekas memang lekas betul less than 20 minit dah sampai,wakaka.Alhamdulillah touch down umah cikgu Mazurah sekitar jam 5 petang.Maaf juga ilhamie tak sempat singgah umah pagi tadi.Penat berceloteh dan bergurau di rumah cikgu,singgah solat asar sat di maktab.Serius beb,maktab yang dulu bukanlah yang sekarang.dulu tak lawa sekarang dan gorgoeus uolss.haha. Maghrib di Masjid jamek Kuala Pilah sebelum berlepas ke rumah Fikri.Pergh,gulai sardin dengan telur dadar Uwan dia terbaik gais!kenyang.

   Selesai menghiruk-pikukkan rumah fikri,kami bertolak ke seremban semula.Sebelum masing-masing pulang ke rumah,kami ziarah terataknya Haji Faisal.Angin bayu jam 10 malam dimanfaatkan dengan pekena laksa panas ditemani air oren sejuk menggigil.nikmat!.Melihatkan jam yang sudah memasuki jam 11 malam,kami mengucapkan salam perpisahan dan kemaafan.Masing-masing dah letih berjalan sepanjang hari.tapi kesian driver kena drive yang  lain-lain tidur.gelak besar.
Terima kasih gais jemput saya berkonvoi sekali.Maaf juga sebab dapat join sebelah petang sahaja.

   Syukur sangat sebab dapat spend quality time with you guys.senyum.pertama kali juga terpaksa bahagi masa nak bahagiakan kedua-dua belah keluarga,keluarga BBST keluarga Serting.Terasa macam beristeri dua,nak beri kedua-dua belah pihak bahagia memang sukar,kehkeh.Over gila analogi.Terima kasih semua,inshaallah kita plan beraya bersama lagi ye nanti.Raya kan sebulan,mana yang belum sempat nak berkonvoi lagi tu,jomlah kite!senyum.

Salam Aidilfitri,maaf zahir dan batin.

Galeri gambar :)

Rumah Azira

Rumah Naeim

Rumah Hajar

Rumah Ajeera

Rumah JatDin
Teratak cikgu mazurah

Rumah Fikri

Rumah terakhir!!,umah Haji Faisal


No comments:

Post a Comment