Tuesday, June 30, 2015

kalau sekali kebetulan,dua kali adakah suratan?

  
 Surau ansar.Pagi yang tenang dan dingin menyambut jiwa-jiwa yang masih segar menghadap tuhannya tika manusia lain masih terlena.Sahur sudah,kini subuh pula menjenguk tiba.Solat subuh kali ini diimami oleh satu sosok tubuh yang amat hebat.Suara,lenggok bacaan imam begitu merdu,penuh penghayatan dan pengharapan.Seolah-olah ada aura luar biasa yang mengalir keluar bersama setiap patah alunan kalamullah yang diucapkan oleh bibir sang imam.Walaupun ilmu bahasa arab aku tidaklah mendalam jauh lagi mencapai tahap fasih,namun ada patah-patah perkataan yang aku faham dan hadam maksudnya.Surah yang dibaca oleh sang imam benar-benar masuk ke dada pada pagi ini.Sungguh,terdetik di hati nak google,baca semula maksud-maksudnya.

   Namun,bila bermulanya hari hajat itu pudar dan hilang.Aduhai manusia.Tapi nak ceritanya,mungkin allah nak aku benar-benar menunaikan hajat itu dan dikongsikan ibrah atau pengajarannya pada insan lain.Ditakdirkan,imam solat terawih di masjid UIA pada malam hari tu membaca surah yang sama.Ayat yang sama.Aku kaget.terkejut dan terasa sedih,rindu.Terasa bahawa allah memang benar-benar mahu ayat ini aku buka semula dan cuba fahaminya.Surah dan ayat yang dimaksudkan ini ialah dari surah Hud,ayat 40 hingga ke ayat 48.Berikut petikan ayat dari surah tersebut.

Hingga apabila perintah kami datang dan tanur(dapur) telah memancarkan air,kami berfirman, Muatkanlah ke dalamnya (kapal) itu dari masing-masing (haiwan) sepasang( jantan dan betina), dan (juga) keluargamu kecuali orang yang terkena ketetapan terdahulu dan (muatkan pula) orang yang beriman".Ternyata orang-orang beriman yang bersama dengan Nuh hanya sedikit.-40

Dan dia berkata"Naiklah kamu semua ke dalamnya(kapal) dengan(menyebut) nama Allah pada waktu berlayar dan berlabuhnya.Sesungguhnya TuhanKu yang maha Pengampun,maha Penyayang".-41

   Waktu sampai kat ayat nilah agak sedih dan terasa sangat.Macam terbayang je situasi masa tu yang hiruk-pikuk,gegak-gempita dengan air bergelombang gergasi dan langit yang tak henti-henti  mencurahkan air.Laungan  ayah yang kasihkan anaknya mengharap agar Kan'an kembali kepada Allah dan bersama-sama orang yang beriman dijawab dengan jawapan yang menghiris jiwa. 

Dan kapal itu berlayar membawa mereka ke dalam gelombang laksana gunung-gunung.Dan Nuh memanggil anaknya, ketika dia(anaknya) itu berada di tempat yang jauh terpencil, "wahai anakku! naiklah (ke kapal) bersama kami dan jangan engkau bersama orang yang kafir".-42

Dia (anaknya) menjawab, "Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat menghindarkan aku dari air bah!" (Nuh) berkata, "Tidak ada yang melindungi dari siksaan allah pada hari ini selain Allah yang maha penyayang".Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; maka dia (anak itu) termasuk orang yang tenggelam.-43

Sungguh,Kan'an menyangka dengan  lari naik ke gunung-gunung yang ada dia akan selamat,namun azab allah terlalu dahsyat dan mustahil dapat dielakkan lagi.Sebak.

Dan difirmankan. "Wahai bumi! Telanlah air mu dan wahai langit(hujan!) berhentilah". Dan air pun disurutkan, dan perintah pun diselesaikan dan kapal itu pun berlabuh diatas gunung Judi, dan dikatakan "Binasalah orang-orang yang zalim".-44


   Begitulah terasanya tika membaca ayat-ayat ini.Walid,ayah,abi, papa,daddy,abah atau apa sahaja panggilannya,sentiasa mahu yang terbaik untuk anaknya.Benar,walau selalu sangat kita kecewa dengan apak sebab tak faham perasaan kita,taknak fullfill kemahuan kita,tapi sebenarnya semuanya bersebab.Ayah jarang tunjukkan kasih sayangnya tehadap anak-anak lagi2 melalui lisan.Tapi sebenarnya perasaan itu ditonjolkan melalui perlakuannya.Jika anda masih ada ibu dan bapa,hargailah mereka,sayangilah mereka dan cuba jangan selalu sangat keras kepala melawan kata,sebab memang kadang-kadang terlepas jugak degil tu,haha.Pada yang telah pergi meninggalkan kita,banyakkan lah menghantar doa buat mereka dan berbuat baiklah kepada rakan-rakan mereka.Moga apa yang hendak disampaikan ini,sampai lah hendaknya,huhu.

Sudah masuk fasa kedua ramadhan.teruskan ibadah,Kipidap!
:)

No comments:

Post a Comment