Memasuki angka dua ribu tujuh belas juga menandakan blog ini telah berusia 9 tahun! ah sudah masuk ke darjah tiga anak ini, yang dahulunya bermalu-malu, tidak petah berkata dan tersipu selalu. Kini sudah berani bersuara dan tidak kekok berjalan ke hadapan,harapnya, ameen.. Semoga segala yang tercoret, terkias dan digarap sepanjang tahun dua ribu enam belas memberi manfaat kepada pembaca dan penulisnya sendiri. Moga juga ia jadi hujah-hujah penyokong dan pendokong ketika di mahsyar bukan hujah peruntuh untuk meraih syurga tawaran tuhan.
Melalui angka dan fakta juga lebih mudah untuk kita menganalisa sesuatu. Bukankah begitu? Sehubungan dengan itu bermula tahun dua ribu enam belas juga saya telah menetapkan untuk sekurang-kurangnya memastikan ada 3 entry bagi setiap bulan. Ini bagi memastikan blog ini kekal hidup. Benar, hendak menulis bukan mudah. Kadang-kala jari telah tegak di atas papan kekunci dan mata merenung skrin hampir sejam lamanya tetapi masih tiada idea yang timbul. Tarian jemari yang diharapkan itu kaku, literalis betul,haha..
Jadi di bawah ini saya kongsikan 10 entry yang mendapat bacaan terbanyak sepanjang tahun dua ribu enam belas. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua pembaca yang terbuka hati untuk terus membaca tulisan saya.
10 bacaan tertinggi
1. Ada apa dengan tawe
2. Jalan Pulang: Pos Lebir Part 1
3. The Last Hello
4. Discovering the excitement of qurban (DistexQ)
5 Syawalina 2016
6. Jalan Pulang: Pos Lebir Part 4
7. Jalan Pulang: Pos Lebir Part 3
8. Walimah Ayong
9. I dreamed of you
10. Insyirah I
Moga ia bermanfaat kepada anda semua, pembaca yang saya hormati dan sayangi.. Doakan juga agar saya terus diberi kekuatan untuk terus menulis. Tahun 2017 merupakan tahun akhir pengajian saya di UIAM. Normalnya, tahun akhir sebagai pelajar jurusan kejuruteraan kami akan sibuk dengan Final Year Project (FYP) yang berlangsung selama setahun. Ditambah pula dengan kerja-kerja persatuan, moga masih ada masa mampu saya luangkan di ruangan ini. Sekian sahaja buat entry kali ini, sepuluh jari saya hulurkan, tunduk hormat saya berikan andai ada saya terkasar bahasa mahupun berbuat dosa dengan anda sepanjang tahun 2016. Moga tahun 2017 membawa kegembiraan kepada kita dan dikurniakan kita hati yang tabah untuk menghadapi mehnah yang mendatang. Selamat tahun baru! senyum.
No comments:
Post a Comment