Assalamualaikum w.b.t..
Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan ! masih belum terlambatkan ? aherher... Hari ini sudah syawal ke 23 tidak silap saya, tapi apa salahnya. Melayukan #rayasebulan.
Awal pagi sabtu 23 julai 2016 saya dan rakan-rakan Comrade memecut kereta menghala ke Kuala Pilah bagi menghadiri majlis walimah acap. Alahamdulillah acap dan zaujahnya, nisa diijabkabulkan pagi itu juga dan seterusnya majlis makan-makan di waktu tengaharinya. Perjalanan ke sana sahaja hampir 3 jam lamanya dari Uia gombak. Lauk sedap sangat lagi-lagi daging masak lemak! daging yang digunakan telah terlebih dahulu disalai, itu yang sedapnya lain macam,haha.. Seterusnya kami berlepas semula ke arah Kuala Lumpur bagi menghadiri rumah terbuka Izyan dan Fatin Nabilah. Rumah Izyan terletak di kawasan Bukit Jalil. Nak dijadikan cerita, saya baru sahaja menapak masuk ke pagar rumah Izyan dah nampak wajah yang sangat familiar. Siapa sangka boleh terjumpa Mdm Khairani pula disini,gelak. Madam Khairani meruapakan senior counselor di CFS IIUM semasa zaman foundation saya di kampus Petaling Jaya dahulu. Jadi memang kami rapat dan kenal satu sama lain. Sebenarnya sahaja acah-acah terkejut sebab dah tahu pun Madam Khairani ni mak cik Izyan, so tak pelik lah kalau beliau ada di rumah terbuka Izyan. Kami tiba kira-kira jam 6 petang di rumah Izyan, kerna perjalanan pergi balik ke Kuala Pilah mengambil masa yang lama. Ditambah pula kebergantungan kami kepada Waze yang menghampakan jugalah, jalan ntah mana-mana yang diberinya.
Rumah seterusnya ialah rumah Fatin nabilah...Malangnya tiada jodoh saya untuk kesana kerna perlu bergegas pulang ke Nilai. Takut lambat sangat nanti tiada train lagi ke arah Nilai. Alhamdulillah untuk a day well spent dengan geng Comrade walaupun tak ramai yang dapat join
Ahad 24 julai 2016
Awal pagi dah kena bangun mengemas rumah walau letih semalam masih belum hilang. Ditambah pula kaum hawa semuanya tiada di rumah, terpaksalah kami yang lelaki ini buat segala yang mampu. Menyapu lantai, vacuum, lap kabinet, refill kuih hatta
Alhamdulillah jam 12.30 konvoi budak BBST sampai ke rumah. Adalah dalam 12-15 orang juga yang hadir. Terima kasih sudi datang rumah kami
Selesai melayan depa ni, saya ikut sekali geng budak-budak stuff baraan di rumah yang seterusya. Alang-alang dah sertai mereka, dapat balik gombak sekaligus,haa. Sebelum rumah saya, geng Stuff terlebih dahulu sudah ke rumah terbuka Tasha dan ziarah rumah Syazwani aka cikud. Kes cikud ni sama macam sayalah, diziarahi kemudian menziarahi sebelum terus pulang ke gombak yang disayangi.senyum. Rumah seterusnya ialah rumah setiausaha ketiga STUFFIIUM, rumah Izzati di Putrajaya. Sedap makanannya alhamdulillah. Kami tidak lama disini kerna perlu untuk bergegas ke rumah seterusnya,dah lewat petang. Di rumah Izzati juga kami bergabung dengan sebahagian lagi budak-budak Stuff yang telah ada disitu. Tepat jam 6.10 minit petang, meluncur kami ke Bandar Seri Putra. Kali ini ialah rumah timbalan presiden 2 STUFFIIUM, saudari Hazuwani atau lebih mesra dengan panggilan Wawa comel. Rumah wawa ibarat istana gais, besar dan lapang sangat. Walaupun makanan dah banyak habis sewaktu kami sampai,bukan makanan yang kita kejar tetapi eratan tali persahabatan itu yang kita mahu. Auchhh sweet gituh. Thanks wawa, brownies dap ngat!
Selepas solat maghrib berjemaah di rumah Wawa kami menghala ke haluan masing-masing. Kami penumpang pesawat Alza meneruskan baraan ke rumah Peqa di Bandar Seri Putra juga, hanya enam minit dari rumah Wawa. Di rumah peqa sempat merasa laksa hasil air tangan mak dia, sedap tapi tak larat nak makan sebab dah banyak sangat makan. tengok gamba tu makin sihat kan? haha.. Sembang-sembang bergurau sikit dengan mak peqa, kami bergerak ke Bangi untuk rumah terakhir yakni rumah Wafiy Harith. Mak peqa punya gurau dia suruh aku telan cawan, fuh janji saya tak sakat anak mak cik dah lepas ni, haha..
Masing-masing sewaktu sampai dirumah Wafiy dah mengantuk. Jam waktu tu dah pukul 9.45 malam. Pada asalnya kami serba salah nak mai sebab dah lewat sangat, tapi emak Wafiy kata makanan semua dah ada, allahu.. makanya kami singgah juga, syukur memang rezeki kami dapat satay kajang!
walimah #acapnisa tahniah ! |
rumah terbuka Izyan Nasuha |
madam Khairani gais ~ |
geng sekolah BBST |
Rumah terbuka Izzati |
budak2 Stuff jejak rumahku |
rumah wawa vp2 |
crash rumah Peqa |
rumah terakhir, teratak Wafiy |
No comments:
Post a Comment