Wednesday, August 26, 2015

Dari London ke Nilai



   Angin dingin kota london menampar pipi Insyirah lembut. Suhu yang rendah pada takat 19 degree celcius membuatkan perjalanannya selesa walau jam menunjukkan jam 1.30 petang. Aprilia Scarabeo 500 berwarna kuning diraja ditunggang cermat sambil mata cekap mengawasi keadaan sekeliling. Teringat kalau di Malaysia menunggang pada waktu sebegini mesti belemoih muka bak hang!.mandi peluh lah jawabnya.Bagaimana Malaysia sekarang? terlintas soalan di mindanya.Alhamdulillah,sudah genap 2 tahun berkelana di bumi London.Mahasiswa London Metropolitan University(LMU) hat sorang ni memang suka berjalan,huhu.

   Hampir setengah jam perjalanan melalui Camden road,Insyirah menunggang perlahan di Outer City highway.Bilangan kereta hari ini banyak dan biasanya pasti akan terus bertambah.Maklumlah,pencari rezeki di kota ini ingin pulang ke rumah masing-masing.Seharian bertungkus-lumus membanting tulang,sudah pasti pulang ke rumah lah melepas lelah.

   Disebelah kanan jalan kelihatan The Sherlocks Holmes Museum.Detektif lejen yang dicipta oleh Sir Arthur Conan Doyle.Lihat sahaja pada drama Sherlock Holmes lakonan Benedict Cumberbatch. Jalan cerita yang kompleks,dramatik dan penuh dengan muslihat.Tidak hairanlah jika siri Sherlock Holmes ini digemari ramai.Jika benar lah abam Sherlock ni terar sangat,cubalah siasat dari mana datangnya RM 2.6 billion milik perdana menteri saya?. Apa rasionalnya RM 42 billion wang digunakan oleh 1MDB?ahaha.Teringat Malaysia lagi,rindu tanah air ku.
But i prefer Robert Downey Jr as Sherlock Holmes.masalahnya dia bukan oghang British,so accent dia tak sedap,haha
 
   Handsock biru gelapnya ditarik sedikit untuk melihat waktu.Jam menunjukkan pukul 3.15 minit petang."Okay ada 45 minit lagi" monolog Insyirah. Bangunan Fulham Broadaway Shopping Center yang tersergam di sebelah bahu jalan menarik perhatiannya seketika.Mata dihadapkan kehadapan kembali sambil minda terus menerawang.Sekarang nilai duit Malaysia semakin jatuh.Seringgit duit Malaysia kini bersamaan dengan 0.15 Pound British.Susah nak bayangkan?maafkan saya,huhu.Lebih mudah jika saya gambarkan bahwa 1 pound British bersamaan dengan RM 6.61..Lima tahun yang lalu 1 pound british bersamaan dengan RM 4.94.Nampak en?.Nilai ringgit Malaysia semakin susut dari hari kehari.Lawaknya bila ada menteri berkata situasi ini akan menarik lebih ramai pelabur ke Malaysia.Benar,tapi kesannya pada rakyat Malaysia di luar negara?sakit.pedih.Moga Allah bantu kita untuk keluar dari kemelut ini.Eh,teringat Malaysia lagi.

   Tepat jam 3.25 petang Insyirah selamat sampai ke destinasinya.Disinilah tempat dia bertemu kekasih hati,si pangarang jantung,pewarna hidup di Kota London.Hingga dia sanggup meredah perjalanan hampir 1 jam dari LMU untuk bertemu kekasihnya ini.Aprilia Scarabeo dikunci sebelum ditinggalkan di tempat parkir.Mafla berwarna biru pekat dengan tulisan putih bold dikeluarkan dari tas tangan.Mafla kebanggaannya itu dibelit di leher.Tulisan "THE PRIDE OF LONDON" jelas terpampang sejurus mafla digayakan Insyirah.

   Stamford Bridge saya dah sampai! Eden hazard I dah sampai!! jerit hati Insyirah.
Sengih lebar.

Keep The Blue Flag Flying High!

2 comments: