Meh kita mulakan dengan satu sosok tubuh yang tidak
asing lagi dalam kalangan penduduk Madinah.Insan yang telah berjaya membuka
kota Madinah bagi umat islam.Yang membawa madinah ke arah cahaya,pusat bagi
agama yang agung ini.
Ini bukan
cerita biasa.
Ini bukan
kisah dongeng picisan,
ini kisah
insan yang mulia,
duta
islam yang pertama.
Biizdnillah..
Ini kisah
seorang lejen.
Ini
Mus'ab bin Umair.
Siapa
tidak kenal lelaki yang paling hensem di kota Mekah ketika itu.Mus'ab b. Umair
datang dengan pakej yang serba lengkap.Hensem,kaya,pakaiannya semua up to date lah katakan.Kalau nak diambil contoh
zaman sekarang,bayangkan seorang jejaka tampan,bawak Ferrari,minyak wangi Hugo
Boss dan baju stok2 Polo dan Burberry gituh..Wah.
Gadis
mana tak sangkut en?hatta Mak Jah janda baik tu pun sangkut kat jejaka-jejaka
yang full package cenggini uols~ ok,hiperbola sangat.
Begitulah
hidup Mus'ab b Umair.Anak golongan atasan dan kayawan di kota Mekah.Beliau juga
seorang yang amat popular dan cerdas,bermacam masalah mampu
diselesaikannya.Setiap kali ada pertemuan atau high tea kemenda,memang beliau
yang menjadi tumpuan masyarakat.Orang bangsawan la katakan.Seperti juga
penduduk Mekah yang lainya,Mus'ab kenal dan peka dengan kisah-kisah seorang
lelaki yang bernama Muhammad.Lelaki ini juga digelar sebagai Al-amin dalam
kalangan masyarakat Mekah waktu itu.Masakan tidak,beliau terkenal dengan sifat
jujur dan merendah diri.
Pada
suatu hari,Mus'ab terdengar perbualan orang ramai tentang si Al-amin itu
mengaku sebagai seorang nabi dan utusan Tuhan.malah si Al-amin itu mengajak
semua manusia menyembah Tuhannya yang satu dan meninggalkan semua
berhala-berhala dan tuhan-tuhan lain yang mereka percaya dan sembah selama ini.
Mus'ab
bingung.
"Eh?,
takkanlah dia gebang kut,kalau tak dia takkan dapat gelaran Al-amin tu
en".herm..
Mus'ab
berpikir panjang,lalu dia membuat keputusan untuk menyiasat sendiri masalah
tersebut.Ala-ala Sherlock Holmes gitu,Mus'ab mengekori salah seorang pengikut
Muhammad yang sedang dalam perjalanan ke rumah Al-arqam.Umumnya masyarakat
Mekah sudah tahu rumah Al-arqam adalah pusat pertemuan Muhammad dan
pengikutnya.Di rumah itulah Rasulullah bertemu para sahabat,mengajar mereka
tentang islam,mengajar ayat-ayat Al-quran dan melaksanakan solat.
Mus'ab
duduk di satu sudut ruangan.Kewujudannya disitu tidak ditolak atau
dipulau,malah dia diraikan.Disinilah bermulanya satu perubahan.Apabila cahaya
iman mula menerangi seorang rijal.Ayat-ayat suci yang berada di dada Nabi s.a.w
bergema di bibir baginda nabi.Kalimah-kalimah yang agung dan haibat ini meresap
ke telinga-telinga yang setia mendengar.Masuk ke dalam dada mereka dan mekar di
tubuh mereka.Mus'ab terpampan.terkedu.Sungguh! dia terlena,terpesona,melayang
entah ke mana dengan kalimah-kalimah yang dituturkan baginda nabi.Dada Mus'ab b
Umair bergelojak dan panas.Memerhatu dan memahami kondisinya,dengan perlahan
Rasulullah menghampirinya dan mengusap dadanya lembut,kembali tenang dan
damai,seperti samudera yang dalam.
Setelah
itu,dengan masa yang singkat,menjadilah beliau salah seorang penegak agama yang
mulia ini.Setia mengikuti kelas-kelas yang diadakan baginda
nabi.Namun,keislamannya masih dirahsiakan.Beliau tidak takut untuk
mengumumkannya.Hatta jika seluruh penduduk mekah dijadikan satu kekuatan untuk
menentangnya,Mus'ab tak goyang.tapi ada satu yang ia risaukan.Ibunya,Khunas
binti Malik.
Khunas bt
Malik,bonda kepada Mus'ab b Umair.beliau sememangnya seorang wanita yang
digeruni dan disegani di Mekah.Maka,oleh sebab itu,Mus'ab cuak kat bondanya
sahaja.Tapi dia sedar,satu hari nanti dia mesti berhadapan dengan bondanya
juga.
Selang
beberapa ketika,akhirnya berita keislamannya sampai ke telinga ibunya.Saat
ini,Mus'ab berhadapan dengan ibunya,kaum kerabatnya serta para pembesar
mekah.Pemuda yang dulunya dijulang-julang sebagai "Putera Mekah" kini
telah bersama dengan Muhammad dan agama barunya itu.Musibah apakah ini?
Mus'ab
direnung dengan pandangan yang tajam,seolah-olah ingat
membelahnya.potong.kerat.
Namun,dengan
tenang dan bersahaja,Mus'ab membaca ayat-ayat al-quran di hadapan
mereka,kalimah-kalimah yang telah membersihkan hatinya.yang menghilangkan semua
karat-karat jahiliyah dalam dirinya.
Khunas bt
malik ketika itu mengangkat tangannya untuk melempang wajah anak kesayangannya
itu,belum pun sampai ke wajah Mus'ab ia terkulai layu.Wajah itu
berseri-seri,bercahaya,jika dahulunya ia memang sudah berseri,kini ia semakin
bercahaya!cahaya yang menenangkan dan mendamaikan.Kerana sifat keibuannya ia
tidak jadi memukul Mus'ab.Mus;ab dikurung di dalam biliknya.Ia tidak dibenarkan
keluar sama sekali.Kemudian ia terdengar akan rombongan ke Habsyah.dengan
sedikit strategi dan helah,beliau berjaya meloloskan diri ke untuk hijrah
bersama ke Habsyah.
Di mekah
atau di Habsyah,keimanan Mus'ab semakin bertambah dan bercambah.Kini,di bukan
lagi Mus'ab yang dahulu.Semua kemewahan dan pemberian kepadanya telah disekat
oleh ibunya.Pakaiannya kini bukan lagi termahal,hanya jubah usang yang
bertampal-tampal.Melihat penampilan beliau,sahabat menundukkan pandangan,ada
yang menangis.Sedangkan masih segar ingatan mereka tentang penampilan dan
gayanya sebelum memeluk islam.Melihat keadaanya,Rasulullah tersenyum dan
bersabda,
"Segala puji bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya sebelum ini,aku melihat Mus'ab seorang pemuda yang hidup mewah di sisi ayah dan ibunya, tetapi dia meninggalkan itu semua kerana cintanya kepada Allah dan Rasulnya."
"Segala puji bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya sebelum ini,aku melihat Mus'ab seorang pemuda yang hidup mewah di sisi ayah dan ibunya, tetapi dia meninggalkan itu semua kerana cintanya kepada Allah dan Rasulnya."
Sekarang,beliau terpilih untuk melakukan salah satu tugas yang amat penting.Tugas yang amat besar impaknya pada ummah islam kelak.Mus'ab b. Umair telah diutus menjadi duta pertama islam ke Madinah al-munawarah.Beliau akan menyebarkan islam di sana dan mengajarnya kepada 12 orang yang telah berbaiah kepada nabi dalam perjanjian aqabah yang pertama.Dengan kecerdasan dan kepintarannya,Mus'ab telah membuktikan bahawa baginda nabi tidak salah dalam memilihnya.Mus'ab benar-benar memahami tugasnya.Menyeru manusia ke arah mentauhidkan allah.Buktinya,pada musim haji seterusnya, 70 orang penduduk Madinah datang berbaiah dalam perjanjian aqabah yang kedua.Rahang jatuh.
dan mereka dipimpin oleh,siapa lagi? Mus'ab b Umair!!
Strategi dan teknik yang digunakan Mus'ab dalam berdakwah di Madinah penuh dengan hikmah.Dengan masuknya tiga tokoh di Madinah iaitu Usaid b Hudhair,Saad b. Ubadah dan Saad b. Muadz ke dalam agama islam,masyarakat Madinah datang berbondong bak bah di sungai pahang demi menyatakan keislaman mereka!.Salute."Jika Usaid b. Hudhair,Saad b. Muadz dan Saad b. Ubadah telah masuk islam,apalagi yang kita tunggu? mari kita bertemu Mus'ab menyatakan keislaman kita!."Kata orang,"kebenaran itu jelas terpancar dari setiap kata-katanya".
Allahurabbi,hebatnya dikau Mus'ab b. Umair.
Semasa peperangan uhud, Mus'ab merupakan orang yang diamanahkan oleh Rasulullah saw untuk memegang panji-panji Islam.Peringkat kedua peperangan bagaimanapun menyaksikan tentera islam mengalami kekalahan di tangan orang musyrikin.Ini kerana pemanah yang ditugaskan baginda nabi telah mengabaikan tugas mereka dek kerana mata mereka telah terpaku pada harta-harta rampasan perang yang ditinggalkan oleh orang musyrikin.Khalid al-walid nampak akan peluang ini,bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal dan selimut,ia menyerbu laju bersama pasukan kuda musyrikin mengocar-kacirkan barisan tentera muslimin.Apabila sedar akan keadaan itu,Mus'ab segera bertempur dengan lebih hebat.Tika itu,hampir kesemua muncung anak panah dan pedang yang ada hanya mencari satu sasaran sahaja.Sasarannya ialah susuk tubuh nabi yang mulia,Nabi Muhammad saw.Mus'ab berjuang,ia maju,menerjang,menabas kesana-kemari dan melibas pedangnya.Ia ingin mengalihkan tumpuan musuh daripada menyerang baginda nabi saw.Mus'ab menyerang sendirian,namun kelihatan seolah-olah satu angkatan tentera yang terlatih dan cekap.
Pada ketika itu,seorang tentara berkuda quraisy yang bernama Ibnu Qamiah telah meluru ke arah Mus'ab dan telah melibaskan pedangnya sehingga terputus tangan kanan Mus'ab yang memegang panji-panji islam.Mus'ab tenang,ketika itu keluarlah kata-kata ini dari bibirnya,"Muhammad ialah seorang Rasul dan telah banyak Rasul yang diutus sebelumnya".Mus'ab menyambut panji tersebut dengan tangan kirinya pula dan terus mengulang-ulang seruan tersebut.Ibnu Qamiah semakin marah dan naik hangin,dia melibas tangan kiri Mus'ab hingga kudunglah beliau.Namun,Mus'ab mendakap panji yang dipegangnya dan dipeluk erat di dadanya.Bibirnya masih melafazkan,"Muhammad ialah seorang Rasul dan telah banyak Rasul yang diutus sebelumnya".Pada masa itu,musuh menghujam tombak ke dadanya.Gugurlah ia.
Bintang yang menyinari hati-hati penduduk Madinah semasa kedatangan islam,yang berjuang demi Allah dan Rasulnya.Beliau meninggalkan kemewahan,kekayaan,populariti dan dunia demi cintanya pada Sang pencipta dan utusannya.
Allah.mata gatal. T_T
Mus'ab gusar jika ia gugur,musuh akan berjaya melukakan baginda nabi saw.Kerana itu,ia menghiburkan hatinya tiap kali menghayun pedangnya,"Muhammad ialah seorang Rasul dan telah banyak Rasul yang diutus sebelumnya".Kata-kata inilah yang ia ulangi,yang akhirnya menjadi sebahagian dari al-quran yang dibaca oleh umat islam hingga ke hari ini.
Setelah pertempuran selesai,Rasulullah dan para sahabat mengitari medan pertempuran untuk mengucapkan salam perpisahan kepada para syuhada.Ketika sampai di tempat gugurnya Mus'ab,air mata mulia baginda berderai turun.sayu.Duta pertamanya telah pergi menghadap ilahi.Wajahnya terlingkup ke tanah dan digenangi darahnya yang bersih.Mus'ab malu dan takut.Ia malu kerana ia telah gagal dalam mempertahankan baginda nabi,ia takut untuk melihat sesuatu yang buruk berlaku ke atas kekasihnya,Rasulullah saw.
Mus'ab,engkau telah terbang menemui tuhanmu!dalam keadaan yang amat kami impi-impikan.Diceritakan bahawa pada ketika itu tidak ada kain yang bisa dipakai untuk mengkafaninya.Jika ditutup dari kepalanya,akan kelihatanlah kakinya.Jika ditutup dari kakinya,akan kelihatanlah kepalanya.Bayangkan.dahulunya seorang yang kaya,mewah,bergaya..namun,akhirnya ketika ia meninggal dunia,tiada kain yang bisa menutupi dirinya.Mus'ab telah menjual dunia demi cintanya pada Allah dan Rasulnya.Maka Rasulullah saw mengarahkan agar kain itu ditutup dari kepalanya dan kakinya ditutup dengan rumput kering.Allah..T_T..Ketika itu,Rasulullah membaca firman Allah,
"Di antara orang-orang mukmin tedapat orang-orang yang telah menepati janji mereka kepada Allah." (Al-Ahzab: 23)
mata masuk habuk.pfuhhh...
Begitulah agungnya pengorbanan dan cinta para sahabat.Mampukah kita menandingi mereka?ah!,sekadar untuk menyamai pun ana rasa mustahil..Pengorbanan mereka bukan biasa-biasa,tapi luar biasa!,buka hangat-hangat suam,tapi panas menggelegak dan membara!Namun kita masih punya peluang dan masa,gunakanlah ia sebaiknya.Cer tanya pada diri kita sendiri,pada usia kita kini apa yang telah kita lakukan demi agama ini?apa yang telah kita sumbangkan pada agama ini?Tinggalkan lah apa yang cuba melambatkan kita,drama-drama korea,Fifa atau Dota,tinggalkanlah mereka.Walaupun sukar,ana akuinya,kita kena cuba dulu.betul tak?.Sebab apa?,tika ini kita masih di puncak prestasi,semuanya telah tersedia,hanya menuggu kita turun ke lapangan dakwah.Sepertimana Akhi Ahmad Ammar yang telah mendahului kita.
"Aku rindu pada pemuda-pemuda yang tidak tidur pada waktu malam kerana memikirkan masalah ummah."
Iman Hassan Al-Banna,pengasas Ikhwanul Muslimin.
Moga kisah Mus'ab b Umair kali ini mampu memberi impak pada diri kita.Walau hanya sekelumit cuma,ia cukup daripada tak dak habuk langsung.Ayuh pemuda,ayuh pemudi,masanya telah tiba!!
*sekarang bulan apa?hehe..Banyakkan berselawat~ :)
#bukuconteng
No comments:
Post a Comment