Suasana di kafe Khall's hingar-bingar dengan students yang baru habis kelas.Pukul 10 pagi.Semua sibuk nak isi perut lepas berjuang habis-habisan waktu kelas pagi tadi.Tak terkecuali Dia.Fira masih menikmati nasi lemaknya sambil mata kadang-kadang menjeling juga ke meja dihujung sudut kanannya itu.Puas rasanya dapat pekena nasi lemak lepas terpaksa telan Calculus pagi-pagi seawal jam lapan."Sir Imran ni pun kalau nak buat kelas ganti,jangan la buat awal pagi,haishh..
tapi,ada benda lain yang menangkap pandanganya
"Ouh,hari nie pakai baju hijau,match la baju kite",bicara tapi tersekat dalam dada.
"Weh Fira!usha ape tu oi? haha"
Anis sedar dengan gerak laku membernya yang seorang tu.Kalau dah berselisih atau terserempak,memang si Fira ni akan stalk mamat tu.Bila tanya,tak nak mengaku.Eheh.Soalan tu masih tak bersambut.Malas si Fira nak layan.
"dah tau lagi mau tanya"
"Fira..kau,,minat kat dia ke?"sepatah-sepatah Anis menuturkan.
"kalau aku kata ye,aku nak buat suami aku,kau nak jawab apa?"
gelak sinis.
"Oiyoo..bersungguh betul kau nie..tapikan,aku dengar citer dia tu dulu bukannya baik sangat kut!kau tak cuak ker"
"Kecelakaan bagi setiap pengumpat lagi setiap pencela,yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung,dia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya,"
"Kata je lah kau jeles,haha..aku tengok dia tu stok budak-budak masjid kut.jalan pun kepala tunduk,tu yang cair tuh"Fira membalas sedas.
"Iye lah,tapi tu sekarang,mana tau dia cuma berlakon je ke? haa"
"Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah.
Dan tahukah kamu apa itu Huthamah??"
"Ala,mana tau dia dah berubah..kau nie.support la aku sikit!"
Fullsetop!!.Nokhtah.
pernah kah anda berada dalam situasi diatas?
kadang-kadang..
jarang-jarang...
kuis kaki,errr,selalu..
Allahurabbi~Okeh,tenang-tenang ya semuanya.
Surah Al-humazah.
Surah ini menggambarkan salah satu daripada pemandangan sebenar di zaman permulaan dakwah islam.Namun scene ini adalah satu contoh yang akan terus berulang-ulang di setiap masyarakat dan suasana.Itulah pemandangan yang hina, bermakna seseorang yang diberi kekayaan lalu menggunakannya untuk menzalimi orang lain- sehinggalah dia tidak dapat menguasai dirinya sendiri.(Petikan tulisan Syed Qutb dalam tafsir Fi Zilalil Quran)
Balik pada topik tumpuan kita hari nie.Pengumpat.Pencela.Kaki tikam belakang.Backbitting.
Berbagai gelaran boleh diberikan dan ada wakil dari hampir setiap lapisan umur.Apa sebenarnya mengumpat ni?boleh ke tidak?halal ke haram? "HARAM...HARAM...HRAM..TIPU..TIPU...!".Eh?.
Dalam Surah Al-Humazah diatas.diceritakan tentang orang-orang yang suka mengumpat.erti kata lain,mereka itu ialah orang mempersendakan orang, mengaib, mengumpat, menghina dan mencaci orang, sama ada dengan kata-kata, gerak geri, tangan, kaki. mata, kening dan sebagainya. Perkataan al-humazah dan al-lumazah adalah dua perkatan yang membawa makna “sangat ..”.Al-Humazah dikatakan kepada orang yang sangat sukamengaib, mengumpat atau menjatuhkan kehormatan orang lain. Al-Lumazah ialah orang yang sangat suka membicarakan keaiban seseorang dan mendedahkannya kepada umum. Ada tafsiran menyatakan al-humazah ialah orang yang suka mengumpat dan al-lumazah ialah orang yang suka mengaibkan orang.
Ibnu Abbas menafsirkan dua kalimah ini,katanya:
هُمُ الْمَشَّاؤونَ بِالنَّمِيمَةِ، الْمُفَرِّقُونَ بَينَ الأحِبَّةِ
[1]النَّاعِتُونَ لِلنَّاسِ بِالعَيبِ
Terjemahan:"Orang yang giat menaburkan fitnah,melaga-lagakan diantara kawan yang saling berkasih-sayang dan orang yang mencari-cari kesalahan terhadap orang yang tidak bersalah"
شِرَارُ عِبَادِ اللَّهِ الْمَشَّاؤُونَ بِالنَّمِيمَةِ، الْمُفَرِّقُونَ بَيْنَ
[2]الْأَحِبَّةِ، الْبَاغُونَ الْبُرَآءَ الْعَنَتَ
Terjemahan:"Paling buruk di antara hamba-hamba Allah ialah orang yang giat menabur fitnah, melaga-laga di antara rakan-rakan yang berkasih sayang dan orang yang mencari-cari kesalahan terhadap orang yang tidak bersalah"
Ayat ini dengan tegas mengharamkan orang mukmin dari mengumpat atau menyebut keburukkan mukmin lain.Tidak kira secara terang-terangan mahupun bawah selimut dalam bilik gelap,sindiran, dengan bahasa isyarat,secara lisan,tulisan mahupun lakaran kartun hendaknya.Tak boleh.begitu juga dengan hal-hal dunia atau agama, menyentuh akhlak atau peribadi, semuanya jatuh dibawah perkataan mengumpat.
Sabda Nabi s.a.w,
[5]مَنْ سَتَرَ عَلَى مُؤْمِنٍ عَوْرَةً سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Terjemahan: "Sesiapa menutup aurat seseorang mukmin, nescaya Allah menutup auratnya pada hari kiamat"
Sabdanya lagi,
مَنْ عَلِمَ مِنْ أَخِيهِ سَيِّئَةً ، فَسَتَرَهَا سَتَرَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ
[4]بِهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Terjemahan: "Sesiapa mengetahui sesuatu keburukkan pada saudaranya lalu ditutupnya, Allah akan menutupkan keburukkannya pada hari kiamat"
Tapi,benda tu macam habit la Q,susah bebenor nak elakkan.. hehe
Allahurabbi.Pengsan.terkilan.
Anda,Biasakan yang betul,betulkan yang biasa.
Biarlah ana tutup post kali ini dengan sepotong ayat al-quran:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya." (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.(Al-Hujurat : 12)
Macam mana? masih mahu bersok sek lagi? Nampak tak Allah tu tersangat-sangat la baik kan?!
"Sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi maha mengasihani."
Jom! kita sama-sama berubah!
senyum lebar :)
#bukuconteng
No comments:
Post a Comment