Sunday, November 10, 2013

Manifestasi CINTA: Pada Siapa?


"Man"

"Awatnya?"

"Kau rasa salah ke apa yang aku buat nie?"
nada yang berbunyi penyataan bukan pertanyaan. 

Aiman menjeling sekilas kawannya yang seorang tu.Bukan dia tak tahu,setiap kali ada masalah,memang dia la tempat Khai nak spill semua problem bagai.Sejak dari zaman sekolah lagi,bermula dari sekelas masa form 1 hinggalah sama-sama tercampak ke tengah-tengah London  ni.

 "Kau rasa?"

 Leh,aku tanya,dia pi tanya aku balik.
"ntah la.. aq rasa macam guilty pulak"
ujarnya dalam nafas yang perlahan.dengar tak dengar di telinga. 

"Khai... khai..... kalau kau dah decide macam tu, teguh aje lah..lagipun kita dah musyawarah kan.Maybe ini yang terbaik untuk kau.dan dia.secara jujurnya aku kata. Aiman dan Khai dulu satu sekolah.satu kelas,roomate.sebab tu diorang memang rapat.Dan kini,mungkin kerana itu juga aiman senang nak meminta nasihat darinya.Dari  ceruk noghori kek pekan Jempol tu  hinggalah ke Aberdeen ni,memang kalau budak tu sakit ke,pengsan ke,apa ke,dia la tempat pertama nak dirujuk. 

“Aku Cuma takut dia akan ignore aku lepas ni.Iyelah,dulu ok je aku layan dia.Tapi sejak dah dilanggar oleh mak cik hidayah hari tu, kau pun sedar kan perubahan aku,.Lagipun sekarang ni aku moving into a better  me kan?so,aku tak nak hilang apa yang aku dah dapat ni.Aku sayang.At the same time aku tak nak jejaskan tali persahabatan kitorang.cumanya dia tak leh terima stand aku.”

memang tak dinafikan,kalau dulu dia adalah seorang yang kurang menjaga solat.solat tu solat,tapi selamber  je dia jamak sekali zuhur dengan asar,dah nak dekat asar baru dia solat zuhur.Dulu,tak pernah dibuatnya pagi petang baca al-mathurat,tapi kini itulah amalannya seharian.Dulu,jangan harap nak solat dhuha,tapi sekarang dah bisa diamalkan hampir setiap hari.Dulu,berjuang habis-habisan macam askar Vietnam lawan tentera amerika untuk bangun qiam,tapi sekarang alhamdulillah dah berjaya dilazimi benda tu seminggu dua kali.Dulu,Quran tu mungkin diselaknya seminggu sekali,tu pun sebab hari khamis malam Jumaat abah suruh baca surah yaasin.Tapi sekarang,kalau sehari tak baca,hatinya rasa kering.tak basah dan hidup jiwanya kalau tak dibacakan ayat-ayat cinta dari Penciptanya.Sungguh.Dia tak nak semua benda yang dia dah rasa sekarang ni hilang macam tu je. 

“Khai,setiap benda yang berlaku tu ada hikmahnya.Sebab memang Allah akan uji hamba-hambanya sesuai dengan kesanggupan mereka.Apa yang berlaku sekarang ni,mungkin salah satu cara Allah nak uji korang berdua.So,kau kena la cari jalan yang terbaik untuk jelaskan benda ni kat dia.Jalan tu sentiasa ada,Cuma kita yang terkadangnya tak nampak.”

Khai mengeluh perlahan.
Fikirannya masih terganggu dengan kata-kata dan wajah yang ditujukan kepadanya semalam.Masa tu di café,lepas solat zuhur.dia saja nak jumpa Iffah untuk jelaskan pendiriannya itu.Malam sebelumnya Khai dah sampaikan standnya melalui panggilan telefon,namun lain yang diharap lain pula yang jadi.Haru dia dibuatnya bila si Iffah mula titikkan air mata..Dan hari ni,pada mulanya Iffah menolak,tapi secara paksarela Khai suruh Ain convincekan Iffah untuk jumpa dia.Dia nak tamatkan segala-galanya di sini.sekarang juga. 


“Iffah.. Awak dengar tak ni?”


Mukanya masih tak ada riak.Dingin.Masih menanti lanjutan dari soalan tadi.

“Macam ni la Iffah,awak pun dah tahu tujuan saya ajak jumpa hari ni kan.I think we need to put a stop in this.Lepas ni saya tak kisah awak nak kata apa pun saya,tapi saya dah nekad.Apa yang kita buat selama ni salah,saya sedar saya bukanlah orang yang baik eventhough sekarang ni saya dalam perjalanan ke sana.Dan untuk itu,segala karat-karat jahiliyah perlu saya kikis,perlu dibuang.jadi saya harap awak faham keadaan saya.”

Sepi.masih tiada reaksi dari wajah gadis itu.

“Tapi kalau awak masih sanggup tunggu saya lagi 3 tahun,saya kan terima dengan..”

“saya sanggup” Iffah bersuara senafas.
Iffah memotong kata-katanya.

“Tapi ini soal hati Iffah.Saya tak nak awak putus harapan andai apa yang  awak harapkan tak dapat.Lagipun,zina hati ni bahaya,saya tak nak hidup saya atau awak musnah disebabkan benda jahiliyyah ni.Saya tidak minta awak buang saya jauh-jauh dari hidup awak,saya cuma minta pengertian dan kefahaman awak tentang situasi kita sekarang.Mungkin saya bukan orang yang terbaik nak quote ni,tapi saya cuba Iffah,

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik."

senafas dan tenang Khai membaca terjemahan surah an-nur ayat ke 26 itu.

Untuk itu,kita berdua perlu lakukan sesuatu terhadap diri kita.Kerna kita bukanlah dalam golongan yang kedua dalam ayat tersebut.Tapi,insyaalah jika ada rezeki kita pasti akan dipertemukan lagi.ok?

Degup jantungnya yang laju seperti berlari 100 meter tadi sudah semakin perlahan.tenang.semua  yang terbuku di hati telah diluahkan.Khai harap Iffah faham dan mengerti.Dia juga tidak pernah lupa berdoa untuk Iffah sama-sama mengambil jalan yang sama sepertinya. Menyertai gerabak dakwah dan tarbiyyah.


“Khairul..doakan  yang terbaik untuk saya.”Ujar Iffah sebelum berlalu pergi.

Itulah kali terakhir dia bersua,bercakap dan bercakap dengan Iffah.Selepas itu masing-masing membawa haluan sendiri.






“Jauh melamun Khai?” bahunya ditepuk Aiman..

“Hrmm….”

“Tak dapat nak compute lagi ke dengan action kau?”Aiman menduga keputusannya.

“Aku rasa..itu yang terbaik buat kitorang berdua.Serius.sekarang pun walau terasa berat,namun aku tahu,bila kita di atas jalan ni,semua perkara kan diambil kira.Hatta sebesar kuman pun.So,aku tak nak ambik risiko yang lebih besar.Aku Cuma anggap ini ujian dari Allah untuk aku tabah dalam hijrah ni.”

Aiman mengangguk.Dia faham dengan pendirian sahabatnya itu.Kerana dia juga sama-sama dengan Khai masa join gerabak ni.Gerabak yang membawa mereka lebih dekat dengan tuhan.lebih dekat dengan agama.Syukur.

"Khai, tau tak apa yang kau buat ni sebenarnya Allah ada sebut dalam quran?

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.(Al-baqarah:208)

Aiman menuturkan sambil merenung pada HTC One X miliknya.

Khai masih termenung panjang.Matanya dihalakan pada dada langit yang mula dipancari sinar merah dan emas.Sudah hampir maghrib.Kena balik mandi ni,nak pi masjid sat gi.

“Man,kau rasa dia sanggup tak tunggu aku nnt?”

Khai,khai….

“We’ll wait and see bro..Insyaalllah with Allah wills”.

#bukuconteng
 

1 comment: