Friday, August 22, 2014

Bila nak makbul?





Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.fuh,fuh,dah lama tak post new entry ni.Makin lama ditangguh,makin hilang idea nak menulis,haha.Jadi lepas ni masuk idea kena la terus tulis,tak kang lupa balik.Maka,Topik kali ini nak cerita pasal DOA.

Doa.Permintaan.Permohonan.Pergantungan.

Dalam bab berdoa ni,macam-macam kes kita boleh jumpa.Pernah tak jumpa orang yang dia berdoa hampir setiap hari,setiap masa,tapi masih tak dapat lagi apa yang dia doakan?mesti pernah en.Ada jugak yang doa sekali je,pui!,terus dapat,Haa,kes macam ni pun ada jugak.

Makanya,kenapa lain orang lain kesannya?lain nasibnya?.Bila kita berdoa,tapi still Allah tak makbulkan doa kita,adakah itu tanda Allah murka pada kita? ke tu tanda Alah langsung tak pandang kita? naudzubillah.
Mohon semorang jauhkan diri dari berfikiran negatif macam ni.Mohon.

ok.renggangkan otot-otot anda.

Perihal mengenai makbul atau terima dan tidak diterimanya doa seseorang itu berada dalam pengetahuan pencipta kita,Allah.Allah yang Maha mengetahui,Al-Alim.Daaan,,kita sebagai manusia langsung tidak layak untuk menjustifikasikan atau menentukan sama ada doa seseorang itu diterima oleh Allah atau tidak.Bagaimana tergamaknya kita menuduh seorang pendosa bahawa doanya tidak diterima oleh Allah?sedangkan kita juga pendosa tegar.Muka sama,tangan sama tapi hati dan iman kita berbeza.

Allah tidak melihat kepada rupa paras kita,harta kita,kereta apa kita pakai,jurusan apa yang kita belajar mahupun bangsa kita.Tak kisah lah hang melayu ke,arab ke,india ke,bidayuh ke,hanya satu je yang allah nilai dan perhatikan,Iman kita.taqwa dan hati kita.Apakah benar-benar berpaksi kepadanya atau berpaksi pada dunia.

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu."(Riwayat Muslim)


Ok.Selesai bab judge orang,kita sambung masuk adab-adab dalam berdoa.Ini antara yang boleh aku kongsikan,sebenarnya banyak lagi adab dan garis panduan yang disarankan oleh baginda saw,para sahabat radiallahuanhum dan ulama-ulama kita.Terpulang pada korang sama ada rajin atau malas nak buat research.
Bismillah;

1)Pastikan diri dan pakaian kita bersih,suci daripada najis atau benda-benda yang kotor.Dan kalau boleh,pakai lah wangi-wangian.Tak kisah lah perfume apa,Adidas ke,Hugo boss ke,Polo ke,minyak attar Mydin pun boleh je.hahaha

2)Sebaik-baiknya hadap kan badan dan wajah ke arah kiblat.Ini sebaiknya lah,kira afdal..tapi tak salah pun kalau tak hadap kiblat.Doa tu boleh buat kat mana-mana,ngadap mana-mana.Sebab apa?, sebab Allah wujud tanpa tempat..Maka,boleh terpesong tau aqidah kita kalau kita anggap Allah itu ada di Kaabah sahaja,di Makkah sahaja,sedangkan Allah itu wujud tanpa tempat.

3)Rendahkan suara dan minta lah dengan cara yang baik.Kita nak minta pada Tuahn kita nih,bukan kawan kita,member kita.Jadi,mintaklah dengan penuh adab dan sopan.Contoh Skrip yang perlu dielakkan dan siapa buat memang tak makan saman, "Ya Allah,macam biasa ya Allah,macam semalam ea!"
Allahurobbi,,mana pergi kesungguhan kita dalam berdoa? kalau kita nak mintak duit kat parents pun kemain lagi memuji,bodek,ngayat semua,takkan dengan Pencipta kita,kita buat sambil lewa je? kann...

4)Mohon dengan ikhlas dan cuba gambarkan apa yang kita mohon daripada Allah.Contoh,sambil kita berdoa agar dimurahkan rezeki dan diberkati usia,bayangkan keadaan keluarga anda,hidup kita yang serba cukup ni jika nak dibandingkan dengan mereka yang daif dan kurang bernasib baik.Kat sini kadang-kadang baru kita sedar bertapa banyaknya rezeki yang telah Allah bagi kat kita.Cuma kita je yang tak nampak dan tak bersyukur,manusia.Biasalah tu.

5)Selepas berdoa,jangan berhenti memohon dan berharap kepada Allah swt.Jangan,dan jangan pernah putus  asa atau menyerah bila apa yang kita doa-doakan tu masih tak kunjung tiba.Kerna apa,kerna bukan Allah tak makbulkan,tapi mungkin Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik,atau mungkin Allah simpan ganjarannya untuk diterima sewaktu di mahsyar kelak.

Okay,nak tulih panjang-panjang,banyak-banyak pun,cliche sangat.Korang google ajelah,banyak lagi korang boleh dapat.Tapi bergantung pada satu perkataan,USAHA.kalau kita sendiri tak usaha nak cari,mana lah nak dapatkan.Dan,sebaik-baiknya,afdalnya,sebaguih-baguihnya,pi lah tanya pada tuan-tuan guru,para masyaeikh,para asatizah,mereka semuaaa tahu lebih banyak dan bertauliah nak borak panjang pasal bab ni.Den ni,cucuk jarum sikit ja.hihi

Insyaallah,moga dengan apa yang dapat ana kongsikan ini dapat diterima dan sama-sama kita amalkan.Tak dapat semua,dapat buat sikit pun jadilah en,daripada tak buat langsung,lagi lah rugi woo!~

Ana juga dengan penuh rasa hiba dan sedih,turut bersama dengan para ahli keluarga dan krew penerbangan MH17.Moga dosa-dosa kita dan mereka akan diampunkan,dan dipertemukan semula di Jannah kelak.Buat semua ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa,teruskanlah dan jangan berhenti berdoa,kerna doa kita pasti sampai kepada mereka.Moga mereka aman disana.

*masih berharap dan bersabar menanti kepulangan MH370,dengan izin Tuhan,kita akan bertemu jua!

#bukuconteng

Sunday, July 27, 2014

Aku,Dia dan Ramadhan





 Usai solat teraweh,aku melangkah malas ke bahagian belakang masjid.Mata meliar memerhati insan-insan tua,warga emas yang turut sama menapak ke meja makan.Pihak masjid sediakan moreh setiap hari sepanjang bulan ramadhan ini.Juadah kebiasaannya bihun goreng,mee goreng tak pun nasi goreng.Bila semua dah pancit semayang 20 rakaat,tambah pulak witir 3 rakaat,tekak ni telan je apa yang ada.Tawar tak tawar.Pahit tak pahit.semua aku telan je.Hari ini,hari terakhir bagi ramadhan tahun ini,Terasa betul sekejapnya masa berlalu.Bertapa aku sendiri pun tak puas lagi nak menikmati nikmatnya beribadah dalam bulan yang mulia ini.

  Karipap berintikan kari ayam kusuap perlahan ke dalam mulut.sedap,walaupun kebanyakkannya karipap angin.”haishh,,mencari rezeki pun ada jugak orang yang sanggup menipu demi keuntungan lebih”.Tapi bukan isu karipap angin ni yang buat aku berpikir panjang,tapi sebab pak cik,atau lebih mesra atok sebelah aku ni yang menarik perhatian aku.Dari tadi aku perhati sahaja beliau melalui ekor mataku.Kopi pekat hitam di tangannya masih tak luak,karipap pun hanya dikemut sedikit demi sedikit.Mukanya keruh.
"Mungkin memikir anak-anak yang tak pulang beraya kut"getus hati aku.Aku cuba beramah mesra,iyelah,,bab-bab perasaan ni bila dikongsi,akan terasa lebih lapang dan senang hati.

"Sedap karipapnya cik?" aku berbasa-basi,melempar mata kail.
Soalan ku dibalas dengan pandangan matanya yang redup diiringi dengan segaris senyuman.Senyuman yang dihiasi gigi yang sudah berselang-seli ghaib dan kedut yang jelas merekah.Mendamaikan.
"boleh la dik,pak cik ni dah tua,,idok le merasa ape dah kuih-kuih ni,semua nya sama aje pak cik raso," ujarnya sambil tersenyum kecil.umpan dah kena.
aku teruskan perbualan,
"ate,ngapanye muka acik kelat aje ni cik,anok-anoknye idok balik beraye ke?" sengaja aku test power guna loghat perak meraikan pak cik ni.Buruk benar bunyiknya!

Pak cik masih lagi mengemut keripap di tangannya.tekun betul dia.
"idok le dik oi,anak-anak pak cik semuanya balik.Hok di kuala lumpor,pahang,johor semuanya ada.Bukan itu yang pak cik keluhkan."

"ohh,semuanya ada la ye cik,dah kahwin semuanya cik? kusambung bicara.
 "alhamdulillah.rezeki tuhan nak bagi,semuanya dah kahwin,cucu pak cik aje dah ada 12 orang.4 orang duduk dengan mak bapaknya di kuala lumpor,si along,yang nombor dua,lima orang anaknya duduk di johor.haa,yang nombor tiga duduk di pahang,anaknya tiga.Bolehlah..."
aku balas dengan anggukkan.tanda faham dan menghormati.

"kamu ni asal mana? duduk di sini ke?" pak cik balas servis.
sambil tersenyum,
"ahhaa,saya ni asal selangor cik,,tinggal kat sini,negari sembilan.mak ngan abah kerja sini."
balasku.

"oh,asalnya selangor".Pak cik merenung seketika,mungkin cuba membayangkan negeri selangor.
aku masuk topik balik,"kenapa mukanya keruh semacam aje cik?,haha".soalan ku saja diiringkan dengan tawa agar tak nampak serius sangat.busy body benor kata orang!.

"tidaklah dik oi,,acik ni dah tua.entah sempat entah tidak merasa ramadhan lagi tahun depan.itu yang pak cik dok termenung tu.tahun ni dah habis.terase kejap benornya puasanya."

Aku terdiam.dalam,memang dalam dan sentap apa yang pak cik ni cakapkan.Iye,memang lah logik dikatakan jika pak cik dengan usianya yang mungkin sudah menjangkau 70-an ini tidak akan bertemu lagi ramadhan pada tahun hadapan,tapi..Mati tidak mengenal usia dan kesihatan.semuanya tetapan Tuhan.Orang muda pun boleh mati.


Ramadhan 1435H.Sempat lagikah kita bertemu pada Ramadhan yang akan datang?. Masih adakah pelunag untuk kita merasai nikmat dan syahdunya beribadah dalam bulan yang mulia ini?.allahurobbi..sedih bila memikirkannya.Moga semua amal kita diterima disisi Allah.Taqaballahu minna wa minkum.

Tuesday, July 15, 2014

Siapa?! Oh Gaza lagi








Bumi itu sekali lagi bermandi darah,

lembap dek kerna air mata yang mencurah,

yang tidak pernah kalah menahan perih,

kerana memikul tanggungjawab ummah,



Bumi itu penduduknya tidak pernah kenal erti kalah,

tidak pernah kenal erti penat dan lelah,

kerna bagi mereka ini hanya mehnah,

sebelum di syurga kelak melepas lelah.



Hati mereka telah terikat pada Tuhan-Nya,

badan mereka telah diinfaq diatas jalan-Nya,

letusan senjata dirasa sekelumit hanya,

jika dibanding perasaan cinta pada-Nya.




Itu kisah mereka,

Gaza yang tidak pernah leka,

bagaimana kita?,

yang terus lena dibuai dunia.



Dimana pembela-pembela ummah,

yang sekian lama bersembunyi disebalik rumah,

dimana pencanang-pencanang kebangkitan ummah,

yang selama ini hanya bersuara di khutbah,



hakikatnya ummat ini lemah tidak berdaya,

hanya pandai berkata tidak menggaya,

sambil diri terus dimakan usia,

kelak menghadap Tuhan yang esa.




Maka bangkitlah wahai ummah!,maju berlari,

kerana kita penyambung tugas nabi,

menyeru manusia mentauhidkan sang ilahi,

sebelum disoal di mahsyar nanti.


10.08 am,15/7/2014
UIAM
#operasibadar
#bukuconteng