Sukan wadah penyatuan tanpa bahasa
Terik sang suria mula menyelimuti muka bumi tatkala kami berjalan menziarahi rumah penduduk kampung satu demi satu. Ziarah pada pagi ini adalah salah satu daripada ziarah ekspress kami dengan berbekalkan satu misi. Yakni mengajak dan menjemput seisi kampung untuk turun ke kawasan balai raya bagi memeriahkan Sports Carnival yang akan dijalankan oleh anak-anak UIA. Rata-rata penduduk disini seawal jam 7 telah pun keluar mencari rezeki, terutamanya apak-apak. Mujur telah kami sampaikan semalam tentang penganjuran Sports Carnival ini, sekurang-kurangnya ada apak yang telah mengosongkan jadual mereka. Ziarah pagi ini pula hanya untuk menyuntik mood dan menggalakkan mereka datang.
Segala persiapan sukan yang akan dijalankan telah selamat dirancang dan diterangkan oleh biro Sports yang diketuai saudara Arif Afdzal. Ada tiga kategori yang akan dibuka yakni untuk anak-anak, nak, dan juga apak. Setiap daripada kategori sudah ada rumah sukan mereka yang tersendiri mengikut warna, persis di zaman sekolah kita. Disini terserlah semangat kesukanan dan keeratan talian persahabatan mereka tatkala masing-masing bersaing demi kejuaraan rumah masing-masing. Kemuncak acara pada hari ini ialah pertandingan tarik tali antara antara anak-anak UIA dan penduduk kampung. Nak dijadikan cerita, bagi acara tarik tali sisters, teruk anak-anak Uia dikalahkan angkatan belia dan wanita penduduk kampung,haha.. Alhamdulillah brothers Uia bijak untuk bergabung dengan pemuda kampung dan dipisahkan kepada dua kumpulan. Tiadalah nampak macam anak-anak Uia menentang penduduk kampung, play safe kata orang. gelak besar. Sports Carnival yang dijalankan sepenuh hari dari jam 10 pagi ini berakhir kira-kira jam 4.30 petang. Seharian berjemur dalam dakapan cahaya matahari, kulit sunburn habis semua orang!.
Alhamdulillah, segala perancangan dan pelaksanaan Sports Carnival berjalan dengan lancar. Terima kasih juga buat biro katering yang bertungkus-lumus menyediakan air tatkala kami kehausan di tengah padang. Benarlah sukan boleh dijadikan medan bagi mengeratkan hubungan sesama kita. Walau kadang berbeza bahasa, sukan mempunyai bahasa tersendiri yang mampu membina persefahaman dan penyatuan. Tidak hairan jika kita lihat semangat setia kawan dan kesatuan amat tinggi dalam kalangan atlit-atlit berpasukan. Baginda nabi juga menyarankan kita melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Tiga jenis sukan yang digalakkan oleh nabi Muhammad saw ialah memanah, berkuda dan berenang. Ketiga-tiga sukan ini boleh dianggap ekstrim dan setiap satu daripadanya membina nilai yang khusus dalam diri kita. Cuba anda fikirkan dan keluar dengan satu statement apa kelebihan yang boleh kita kecapi dengan menyertai sukan yang disebutkan. Saya tinggalkan anda untuk menjawabnya. dah besar kan? hiks
17 Januari 2016 Hari keempat
Hebatnya warga pendidik
Hebatnya warga pendidik. Itu yang terluah di bibir saya pabila melihat gigihnya guru-guru disini mendidik dan melayan anak-anak kecil disini semasa waktu persekolahan mereka. Mengapa saya menggunakan perkataan didik dan bukan ajar? kerna ada perbezaan diantara kedua frasa ini. Pensyarah Kanan Program Pendidikan Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Isya Awang, berkata ada perbezaan konsep mendidik dan mengajar dalam ilmu pendidikan. Beliau berkata, mengajar lebih berbentuk fizikal manakala mendidik sebagai 'sentuhan' emosi dan kasih sayang guru kepada pelajar.
Pada pandangan saya, proses mengajar lebih memfokuskan pada dua perkara. Mengajar adalah proses penyampaian ilmu pengetahuan daripada guru kepada pelajar dan lebih menumpukan kepada pembangunan intelektual. Manakala mendidik bertujuan membentuk sahsiah dan akhlak pelajar dan ia memerlukan sentuhan emosi dalam tempoh masa yang lama.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh6tf0h-pt8knoYFwvh796_HziKxlGWpsoUKZX1DXLGvsSf-ENkFUovqj2v1tWGVzOynvOiWNyLuGCV7JF-uYlZ5_4dJdkdPuj8zOPgIv44ECk1O1xRtA7yzMu5TqkQYf8oICO6lZ714iPx/s400/12540880_937192209706663_1299207894049834011_n.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjOv5PRdNL72T9qVzpBjzcKvCV8vcn86coAvt_QHDM4L0ijC8oPQhJRdFkNPmEF9P5bUGtPBsn9ZxwSU4DigCCKupmP9s9rJNG8O_tFXbN_pJDsaitEu0wbBTQiYE8I3iv7F5yIlkU-cNba/s400/12592714_937195496373001_6955894614281924854_n.jpg)
sungguh comel sekali gerak tari mereka. Petang ini juga slot kami disertai oleh ustaz dan ustazah yang mengajar fardhu ain kepada anak-anak ini. Berkaca kata mereka tatkala anak-anak ini menyanyikan lagu Guruku tersayang khusus buat mereka. Moga allah mudahkan segala urusan guru-guru yang berkorban masa dan tenaga demi mendidik anak-anak kampung disini.
Sewaktu post-mortem bagi hari ini, terima kasih yang tidak terhingga saya ungkapkan pada biro module yang diketuai Kak Anet diatas slot yang pada saya amat bagus dan menarik untuk dijalankan ini. Terungkap di hati saja tetapi dizahirkan dengan senyuman di bibir,hee.. Sebelum sesi port mortem tadi juga kami habiskan slot school attack dengan tuisyen bagi anak-anak asli ini. Subjek
yang ditekankan dan diajar ialah matematik dan bahasa melayu tidak silap saya. Moga apa yang kami lakukan ini sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat mereka untuk menuntut ilmu.
Hari ini juga sebenarnya berlangsung Hari Amek, khusus buat kaum wanita penduduk kampung Pasir Linggi dan Machang. Slot ini dikendalikan sepenuhnya oleh sisters uia dan ada pertunjukan fesyen show katanya. Tidak dapatlah saya berkongsi banyak tentang ia kerna saya sendiri sibuk dengan slot school attack. Namun mengikut feedbacknya slot tersebut berjaya dan tahniah saya ucapkan. Berdakwah pun boleh dari segi pemakaian, tidakkah begitu? senyum kecil. Sedar tidak sedar, telah genap empat hari kami berkampung disini. Perlahan-lahan ukhuwah telah tercipta, cinta telah berpasak, ah pasti rindu bila berpisah nanti!
"berpisah di dunia, bertemu di syurga"
kata belahan hati
Links:
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Epilogue
kalau budak2 ni memang suka buat gaya dengan lagu, mereka lagi fokus dan akan hyperactive tapi dari situlah kita senang nak rapat. macam kelab AKHI selalu buat. bila dah rapat, senang kita nak pujuk buat aktiviti dengan kita. Eh, terpromote AKHI pulak. *peace
ReplyDeletewuuuu...hebatlah ahli kelab AKHI.segan ana. huk2
Delete