Ok back to story, kisahnya kak lin ni nikah dengan lecturer dia, Dr Yazid Zul. Dan suami kak lin ni bukan calang-calang orang,power orangnya!.bukan ada superpower,erm, no, no...tapi sebenarnya kalau dilihat pada laman facebook milik beliau,sekali dia post berduyun-duyun orang komen dan like. Sebab apa? sebab apa yang Dr tulis dan share tu bermanfaat dan sangat jarang nak jumpa orang yang ada pemikiran seperti dia.haha.. Kak lin pulak memang power,kalau tak takkanlah naik jadi VP kut,jadi memang sepadan lah mereka ini.
Antara tujuan utama saya mengigihkan diri tulih juga entry kali ini adalah sebab saya tertarik dengan konsep dan cara pembawakkan majlis walimah depa berdua ni. Ada beberapa faktor dan perkara yang ingin saya kongsikan berdasarkan pandangan mata saya yang lemah ini. Pertamanya, tempat yang dipilih untuk mengadakan majlis ini sungguh cantik dan bertepatan dengan matlamatnya. Majlis ini dilangsungkan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam. Kenapa saya katakan masjid adalah tempat yang sesuai? kerana kita nak bina masjid kenelah tengok design masjid yang sedia ada,hahahahambar. okay takpa.
duduk tegak,betulkan kolar.
Pada pandangan saya masjid adalah antara tempat yang sesuai untuk mengadakan walimah kerana ia dapat memberi kesan secara tidak langsung kepada majlis tersebut. Bila berada di dalam masjid, amat mudah untuk pengantin dan orang ramai mengerjakan solat pabila tiba waktunya. Tak perlu risau jika tiada tempat untuk solat dan tempat wudhuk kerana anda berada di dalam masjid,kemon lah.hoho. Jadi disini salah satu tuntutan utama seorang muslim telah berjaya kita laksanakan dengan mudah.
Perkara kedua yang saya suka ialah tahap sensitiviti yang tinggi ditonjolkan oleh pihak keluarga pengantin.Kebiasaannya, ketika menghadiri majlis perkahwinan kita akan dihidangkan dengan dua lauk utama yakni masakan berasaskan ayam dan daging. Dan saya tertarik dengan konsep letak 3 jenis lauk teruih, iaitu ayam, ikan dan daging. Sebab ada sesetengah orang takleh makan sesetengah lauk, macam alergik gitu lah. Jadi pada saya ini adalah tindakan yang baik dan wajar dicontohi. Tapi kalau anda takda bajet, tidak mengapalah, ini hanya cadangan sahaja. Iyalah, bukan kita tahu pun setiap yang datang tu ada alergik pada makanan apa,mestilah susah nak puaskan hati semua orang kan,haa.. Maka terpulanglah pada kita yang merancang,ada duit lebih boleh kita jalankan, kalau tiada kita berilah apa yang mampu. Hat yang datang melawat menziarah ni pula janganlah demand pula nak makan ayam masak merahlah,ikan masam manis atau daging salai. Terima sahaja apa yang diberi oleh tuan rumah kerana itu kan pemberian daripada Allah, tak gitu? haa.. Bab-bab alergik makanan ni kita boleh brain lagi,tapi tak tahulah kalau ada yang alergik dengan manusia,herm.
Dan yang terakhir sekali ialah rasa bahagia bila semua orang menjaga aurat dan adab di dalam majlis ini. Aurat yang saya maksudkan ialah kebiasaanya ada tetamu wanita yang tidak bertudung atau tetamu lelaki yang berseluar pendek, namun di majlis ini tiada. Dan salah satu faktornya mungkin kerana majlis ini diadakan di masjid, Hebat bukan? bernikah sambil berdakwah,hoho. Ini boleh kita kira sebagai indirect dakwah,Iyelah,kalau dia nak mai dan menyertai majlis yang ada dalam masjid ni, for sure lah kena tutup aurat kan, haa..Tidakkah indah bila kita menjaga aurat kita? allah..
Menarikya,sewaktu termenung menunggu giliran kami untuk bergambar dengan kedua mempelai tadi saya terbayang suasana dan perasaannya bila kembar saya nikah nanti.luls. Agak-agaknya kalau kami tak kahwin serentak, apa perasaan yang lagi sorang ek,hilang member? haha. Bukan apa, kerana kak lin pun ada kembar juga, tadi saya ada ternampak beliau berjalan kesana-sini melayan tetamu dan sebagainya. Bagaimanakah perasaannya nanti bila tiba masa saya? haha kita tunggu sahajalah,jika dimurahkan rezeki oleh allah untuk sempat membina keluarga sebelum ajal menjemput tiba.Moga-moga kita sempat gembirakan ibubapa kita dengan cucu yang comel belaka, dan sempat sediakan askar pembela agama agar cita-cita ustaziatul alam tercapai.amin.. :)
nah belanja gambar. Lepas walimah melencong ke KLCC kemudian pekena cendol Borhan pastu baru balik Uia.hee
trademark bergambar stuff,luls
singgah taman KLCC sat
barakallah kak lin dan Dr yazid