Lelaki Sweet |
“Lelaki paling sheweet dalam dunia undoubtedly ialah
Rasulullah s.a.w.
Mengapa? siapa lagi yang hanya mementingkan orang lain
lebih daripada dirinya sendiri,
yang tidak lengah membantu isteri di dapur,
yang menjahit koyak di bajunya sendiri sedangkan dia
adalah ketua kepada
sebuah negara yang disegani kawan dan lawan?.Ya,
itulah Nabi kita.Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Bercerita tentang Nabi (saw),terlalu banyak untuk
dinukilkan.Serius.
Peristiwa menarik ketika kelahiran Baginda
Pada subuh hari kelahirannya,Keadaan Makkah dan
sekelilingnya amat damai ditiup angin sepoi-sepoi
bahasa.Keyika itu alam seperti sudah bersedia menyambut
kelahiran tetamu agung ke dunia ini.
Kelahiran bayi ini disambut meriah oleh Bani Hasyim.Di
negeri Parsi,kelahiran Muhammad bin Abdullah telah
memadamkan api-api di kuil majusi yang tidak pernah
padam seribu tahun lamanya.Kelahiran tetamu agung ini
juga telah menyebabkan tiang-tiang utama istana Qisra
Rumawi bergoyang dan menyebabkan menaranya
roboh.Muhammaad bin Abdullah lahir dengan membawa
panji-panji risalah terakhir dari ALLAH untuk sekalian
makhluk.
Peristiwa yang mengawal kelahiran setiap nabi tidak ada
yang terjadi secara kebetulan.Semua peristiwa itu berada
dalam realiti dan perancangan Allah azza wa
jalla.Khususnya yang berkenaan dengan kelahiran
Muhammad (s.a.w.) baik dalam kitab Taurat atau Injil.
Allah berfirman dalam al-Quran,
Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!"(As-Saff:6)
Nah,inilah antara bukti kebesaran Nabi Muhammad s.a.w.
Kerna itu,tidak hairanlah apabila Baginda diletakkan
sebagai manusia paling berpengaruh di muka bumi ini.Nombor satu pulak tu!!.ni link dia pergi
Gaya Ohsem RASULULLAH S.A.W
Nabi SAW merupakan insan yg selalu tersenyum kpd para
sahabatnya.Baginda selalu tersenyum dalam kata-katanya.
Ada juga yang menggambarkan bahawa jika Rasulullah SAW gembira,seolah-olah matahari dan bulan beredar di wajah baginda.~
Ia adalah gambaran yang indah menunjukkan kepada cahaya baginda yang bersinar,menenangkan dan penuh kerahmatan dengan senyuman lembut baginda SAW.Sehinggakan sahabat baginda,Jarir RA berkata:
”sejak aku memeluk islam Rasulullah SAW tak pernah membelakangkan aku,dan baginda tak pernah melihatku melainkan baginda sedang tersenyum”.
Nah,bukankah ini fenomena yang amat luar biasa.?
bagaimana seorang insan yang anda kenali dan bergaul bertahun-tahun lamanya dan tidak mungkin baginda akan melihat anda atau anda berjumpanya,melainkan wajahnya sentiasa mengukirkan senyuman!!.
Maka,maniskanlah wajahmu dan senyum lah sahabat,tapi cover la juga nak senyum pada siapa,ikhtilat masih perlu dijaga.HOHO.
Nabi SAW bersabda,
”Senyumanmu pada wajah saudaramu merupakan sedekah”.
JOM,sebarkan senyuman mu!
Minat Rasulullah s.a.w. pada wangian
Rasulullah s.a.w sangat suka pada wangian.Baginda
bersabda,
”Apabila salah seorang dari kamu diberikan minyak(raihan,sejenis wangian) maka tidak boleh ditolak kerana ia berasal dari syurga”.Hadis riwayat At-Tarmizi.
Salah satu kisah yang menarik ialah Nabi s.a.w mempunyai wangian semulajadi yang tersendiri,yakni bau badan Nabi teramatlah harum!Antara kebiasaan Nabi ialah apabila berjumpa dengan kanak-kanak
,baginda s.a.w. akan mengosok kepala kanak-kanak tersebut.Maka,bila kanak-kanak tersebut pulang ke rumah,keluarga mereka tahu bahawa dia telah bertemu dengan baginda s.a.w.
Eh?!macam mana?
kerana sebaik sahaja kanak-kanak itu masuk ke dalam rumah,mereka akan terhidu haruman Nabi s.a.w..
Best kan?!
Sunah dalam wangian:-
1)Jangan tolak wangian yang ditawarkan kepada kita
2)Gunakan wangian dalam solat dan hampir dalam semua aktiviti seharian
3)Merasai dan menghayati bahawa sunnah ini menyambungkan kita dengan Rasulullah s.a.w.
4)Khaskan sejenis wangian untuk beribadah.Kerana wangian menyegarkan jiwa untuk beribadah.
Ya Rasulullah,sungguh aku jatuh cinta pada mu.
JOM aplikasikan apa yang Nabi dah ajar pada kita.
senyum manjang~
#bukuconteng
No comments:
Post a Comment