GST,GST,GST,,
Tak habis -habis dok cakap pasal GST,
Apa nak kisah,kau kan student,
apa kaitan student dengan gst?
Dari kau dok sibuk sembang pasal gst,
nak guling sana-sini,
demo sana-sini,turun jalan buat kecoh,
baik kau risaukan CGPA engkau tu dik.
Duit kau belajar tu semua duit rakyat,
dari kau darjah satu sampailah masuk uni,
kau tak reti nak bersyukur apa?
Tu highway simpang-siur,
duit rakyat jugak,engkau tahu apa?
Gst membantu pertumbuhan negara,
kau tak dengar Sofi jikan cakap ke?
Orang suruh masuk universiti supaya keluar nanti kau boleh pimpin negara,
kami nak didik kau jadi orang yang berjaya,
yang kau dok terkinja-kinja berdemo bagai apahal?
ada kami ajar begitu di universiti?
Sudahlah dik,
kau buat semua benda ni sia-sia je,
kang silap hari bulan biasiswa kau kena tarik,
tahu pulak nak melalak sana-sini
Dah pergi,
duduk diam-diam dalam kuliah,
keluar nanti ganti tempat pak menteri,
dan teruskan cycle bodoh ini tanpa henti.
apa yang anda perlu tahu tentang gst,jangan baca.
apa itu gst
Gst dan kesannya pada kita
Tuesday, March 24, 2015
Friday, March 06, 2015
Universiti ini sarat dengan cinta
![]() |
| kredit |
Universiti ini penuh dan sarat dengan cinta. Cinta apa?
Aku berjalan pantas ke bangunan kuliyyah sambil mata merenung skrin telefon bimbit membaca jadual kelas,tiba-tiba tanpa aku sedari satu kelibat manusia melintas dihadapan.Gedebuk! sah dah langgar!.Seorang siswi.Buku-buku jatuh bergelimpangan dan kertas-kertas terbang berselerakan,angin berhembus lembut sambil dedaun gugur perlahan ibarat waktu terhenti.Saat itu dua pasang mata bertenung sambil getaran mula terasa di hati.Apakah ini?
"Lain kali jalan jalan pandang depan,bukan tengok fon!" senafas je dia cakap sambil kaki mengorak langkah meninggalkan aku"
"so that's how i meet your mother kids"
Hahaha tapi maaf,bukan ini kisah yang ingin saya sampaikan.Kisah cinta di universiti ini jauh lebih menarik berbanding drama picisan yang biasa anda lihat seperti diatas.Kisah ini lebih menyentuh dan tersentuh.
Kagum dan pelik.
Itu yang dapat saya gambarkan sejak menjadi sebahagian daripada komuniti keluarga besar uiam Gombak.Mungkin tak ramai yang tahu tentang perangai dan ragam sebenar masyarakat disini,dengan itu mari saya bongkarkan satu persatu supaya satu Malaysia tahu.Gelak besar.
1-Berniaga
Antara benda yang awal-awal lagi dah menarik perhatian saya sejak masuk UIA ialah budaya berniaga yang unik.Pergilah kat blok mana-mana pun,mahallah ke,bangunan akademik ke,bank atau kaki lima mesti ada rak-rak tersusun jual air minuman atau makanan.Menariknya tak ada orang jaga pun.Semua pakat tinggal tabung je untuk orang bayar.Trust level damn high!
2-Solat
Pastu en,lagi syiok dia bila you see peoples from different races and nations comes together and solat sama-sama.Masa ni akan terasa unite sangat umat islam ni.Serius!.Tapi jangan terkejut kalau subuh jarang baca qunut,sebab kalau foreigner imam,besenya deme ni tak baca doa qunut.hihi
3-Humanity
Tak dinafikan,pelajar Uia ni sangat mengambil berat dan kisah antara satu sama lain walaupun tak kenal dan tak pernah bersua.Serius weh,macam-macam contoh dah aku jumpa.Salah satu contohnya ada sister yang drive kereta sanggup berhenti untuk tumpangkan sisters yang berjalan kaki.Tahap panas tu ibarat berjalan dibawah sinaran mentari membahang seperti bersinarnya wajahku melihat senyuman mu,eh..Brothers pun selalu je kasi tumpang naik motor diorang kalau nampak pejalan kaki tegar yang baru balik dari kelas.Tapi kena usha kat kawasan tu ada pak guard ke tak,kalau tak nanti kena saman sebab tak pakai helmet!.Dan yang terbaru ialah bila ada pelajar confess yang dia terpaksa ikat perut sebab takdak duit nak makan,komuniti yang sarat dengan cinta ini segera membantu!
![]() |
| Kisah student kelaparan |
4-Kahwin
Dalam banyak-banyak topik yang dibincangkan,aku rasa ni yang paling selalu diperkatakan.Asal UIA je kahwin awal,asal kahwin awal je UIA.,ahahaha.Bukanlah aku kata masuk uia ni semua otak pikir nak kahwin je,tapi niat yang suci murni tu kalau betul serius dan ikhlas,buat apa kita nak halang en?daripada buat dosa free couple sana-sini baik nikah terus.Pandang muka pasangan pun boleh dapat pahala,tak ke peluang menambah amal tu.Contoh pasangannya ramai,hanpa boleh search sendiri.Yang penting sebelum hang nak nikah tu,buat reality check dulu kay?,settlekan hal dengan Allah,parents,family dan akademik,kalau dah ok semua ni ha nikahlah.
5-Majlis ilmu
| majlis di masjid shah |
6-Makanan
Syurga makanan.
Dua patah ayat ni dah cukup untuk saya gambarkan lambakan dan ledakan makanan yang sangat banyak pilihannya.Sampai satu tahap,kita boleh buat jadual nak makan kat mana.Contoh en,isnin makan makanan melayu,selasa masakan arab,rabu bollywood sikit dengan masakan india pakistan,khamis menapak mee tarik cina tanah besar,jumaat makan western,pastu mana lagi ye?ahahah..Terlalu banyak pilihan,tapi kewangan kena jaga jugaklah sebab haritu kitorang makan nasik arab kene 8 hinggit sorang!padan muka.
Tak banyak yang dapat saya kongsikan kali ini,sebab baru teaser,haha.Insahallah nanti bila ada kesempatan dan ruang masa yang lebih besar,banyak lagi yang akan saya kongsikan tentang universiti terlebih cinta ni.gelak kecil.Bukanlah niat saya untuk menjustifikasikan yang UIA ini baik-baik semuanya,pijak semut tak mati atau kentut tak berbunyi tapi wangi(ini silent killer nama dia),sudah tentu ada sisi buruknya juga,ada kelemahannya juga,tapi tak salahkan kalau kita berkongsi apa yang baik dan sesuai dijadikan contoh? Inilah rumah saya,inilah tempat saya belajar erti cinta dan cita-cita,kehidupan disini benar-benar membuka mata saya bahawa hidup tak semestinya bergantung pada segulung kertas dipanggil ijazah,tapi hidup perlu ada cinta dan perasaan.Cinta pada Tuhan dan Rasulnya,sesama manusia,sesama haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta pada diri kita sendiri.Sungguh,aku taknak waktu-waktu ini berlalu dengan cepat,nanti rindu!
Tuesday, February 17, 2015
Pemergian Mu
Berita tentang kematian Tuan Guru hadir pada ketika saya masih tidak bersedia untuk menerimanya.Ceritanya,pada malam itu saya berada di padang futsal sebab join training bola baling.Kami bermain seperti biasa sehinggalah kira-kira jam 10.30 malam,salah seorang dari kami meminta izin untuk menamatkan latihan.Alasannya? ingin segera pulang ke Kelantan.Saya kaget,suasana sunyi seketika sebelum Fitri menyambung kata,kata-kata yang paling pedih saya pernah dengar."Tok guru dah takde".Hanya empat patah perkataan yang singkat,tapi menusuk laju ke gegendang telinga kami.Mula-mula saya senyap,sebab suara Fitri kurang jelas.Waktu tu pun saya tak bawa fon bersama,sebab kalau bawak pun takde internet,jadi totally lost connection dengan dunia siber.Saya tak percaya,saya nak sahkan sendiri jugak!.Penamatnya,malam tu saya terus bergegas ke bilik.Habis semua sumber yang ada saya buka untuk mencari kesahihan berita ini.Sebaik sahaja fon saya connected dengan WIFI Uia,berderu-deru notifications whatsapp masuk.Begitu juga di Twitter.Kini kerisauan dan keresahan saya terjawab.Tok guru benar-benar telah pergi!
Siapa Tok Guru di mata saya? tak ramai orang luar yakni bukan rakyat Kelantan yang benar-benar admire dan mengikuti kisah Tok guru.Saya akui,kerna Tok guru begitu dekat di hati rakyat Kelantan.Saya pula hanya orang luar.Tak pernah seumur hidup saya bersua dengan beliau,namun pemergiannya benar-benar memberi kesan pada hati saya.5 tahun yang lalu,saya sudah menanam hasrat untuk berjumpa dengan tok guru Nik Aziz.Saya ingin bersua muka dengannya,biarlah walaupun dari jauh,asalkan dapat.Namun takdir Allah mendahului,saya tidak sempat berjumpa dengan beliau.Tuan Guru Nik Abdul Aziz merupakan salah seorang insan yang ada dalam wishlist saya untuk saya jumpa,mendengar kata-katanya dan melihat perwatakannya.Antara insan lain yang ada dalam wishlist saya ialah Tun Dr Mahathir Mohammad,Datuk Seri Anwar Ibrahim,Tuan Guru haji Hadi dan Prof Hafidzi Mohd Nor.Saya membesar dengan mengenali tokoh-tokoh ini,dan saya baca kisah-kisah mereka.Melalui buku tulisan saudara Ahmad Naim Jaafar, Kuasa Karisma: Teknik membina ketokohan dan keterampilan diri, saya mengenali dan membaca kisah-kisah Tun dan Tok Guru.Bagaimana dua pemimpin hebat ini membina negara dan memimpin orang bawahan mereka.Walau mereka berdua tidak sekepala dan tidak sehaluan,tapi pada masa yang sama mereka melengkapi satu sama lain.Tun dengan buah fikiran dan stail kepimpinannya menujukkan pada dunia Malaysia bukan calang-calang negara,Malaysia kini dikenali di seluruh dunia.Tok Guru pula pada sisi lainnya menunjukkan bahwa Malaysia adalah leading state dalam kalangan negara-negara islam.Hubungan persaudaraan islam antara Malaysia dengan negara-negara islam lain sangat baik,masakan tidak kerna pada saya ulama-ulama islam baik dari haluan kanan mahupun kiri mampu Malaysia seimbangkan dengan adanya dua orang tokoh ini.Haluan kiri yang saya maksudkan ialah ulama-ulama yang jarang keluar di media perdana namun mereka amat disanjungi dan dihormati.
Kini,setiap kali saya menaiki Lrt dari KL sentral ke Gombak,saya akan sentiasa mencari-cari dan merenung mural yang dilukis di Pasar Seni.Wajah Tok Guru dan Tun jelas disitu.Dua pemimpin yang berbeza,namun keduanya memberi impak dan nilai sentimental yang tinggi pada saya.Moga pemergian Tuan Guru Nik Aziz membangkitkan jiwa-jiwa yang selama ini tidur lena.Dan saya percaya pemergian Tok Guru adalah Husnul khotimah.Moga Allah terima segala amal beliau,dan saya menjadi saksi bahawa Tok Guru benar-benar telah melaksanakan tugasnya.Kini giliran kita menggalas tugas mendidik ummah,lagi-lagi mahasiswa UIAM.
Al-fatihah buat murabbi yang disayangi,Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Subscribe to:
Posts (Atom)




