Jadi, sebenarnya saya awal lagi sebelum tamat semester akhir telah mula menetapkan objektif dan jangkaan apa yang hendak saya lakukan setelah tamat pengajian. Pada waktu itu saya telah menetapkan untuk hanya berehat di rumah sepanjang-panjangnya hanyalah sebulan. Usai sebulan, saya harus mendapatkan sumber pendapatan sendiri walau berkerja dibawah kelayakkan. Jadi, saya mula menghantar resume dan memohon kerja di pelbagai syarikat dan perusahaan. Antara syarikat-syarikat yang saya minta ialah fast food chain, stesen minyak dan juga kedai runcit seperti 7eleven dan Speedmart. Akhirnya saya diterima bekerja sebagai trainee untuk position store manager di 711 cawangan Sport Kompleks, Nilai. Bermulalah cerita dunia pekerjaan saya!.
Bekerja di 711, memberi saya gambaran sebenar bagaiman penatnya melayan pelbagai karenah dan ragam manusia. Daripada melayu,cina, india dan pak arab serta pelbagai jenis dan bangsa manusia lagi semuanya datang ke premis ini. Kebanyakkan yang datang adalah mereka yang baru lepas bersukan seperti badminton dan gym yg terletak di tingkat atas premis ini. Tidak kurang juga pengunjung-pungunjung pusat bowling bersebelahan dengan premis 711 ini. Dua hari pertama saya disini sudah dikira mencabar bagi saya. Hari pertama saya masih belajar ntuk membiasakan diri dengan sistem dan mesin kira-kira wang yang digunakan. Saya juga diajar untuk melakukan stok chcek terutamanyan rak rokok selepas abis setiap syif. Semua ini mudah sahaja dan tidak mendatangkan masalah, tetapi dia jadi kelam-kabut bila tengah separuh jalan kira stok rokok, lepastu ada orang datang beli rokok. kalau kita perasaan takpa, noleh rujuk semula rokok apa yg dia beli dan update pada borang, tapi kalau tk perasan memang jenuh lah nak mengira semula.
Tiba hari kedua, pada asalnya saya masuk jam 2 petang dan dijadualkan tamat jam 10 malam. Jadi saya pun masuk lah seperti biasa di premis saya. Lebih kurang jam 2.30 macam tu, store manager panggil saya, dia minta saya pergi ke premis di INTI College dan bertugas disana kerana premis sana kekurangan staff. awak ni dah la baru hari kedua, dah diminta pula jaga berseorangan diri dari jam 3 sampai 11 malam di premis lain, tanpa ada senior. Kalau jadi apa-apa masala nanti macam mana? aya nak rujuk siapa? persoalan-persoalan ini bermain di minda saya. tetapi akhirnya saya bersetuju untuk kesana dan kalau ada apa-apa masalah, saya call sahajalah Store manager. Baik, segalanya berjalan dengan lancar di premis tersebut sehinggalha datang seorang perempuan cina yang ingin membayar bil internet dia. Untu urusan pembayaran bil-bil dan tambah nilai telefon, kita akan gunakan mesin e-pay yanf korang selalu nampak tu. So saya pun memandaikan diri meneruskan transaksi tersebut. Hari sebelumnya saya telah diajar untuk menggunakan mesi tersebut untuk urusan tambah nilai telefon tetapi tidak untuk pembayaran bil. Jadi mengikut kiraan saya,mudah sahaja prosesnya kerana hanya perlu tekan button yang perlu dan amnil wang daripada pelanggan. Nak dijadikan cerita, perempuan tersebut ingin membayar menggunakan Alipay. AliPay ni sejenis pembayaran atas talian yang diperkenalkan oleh Ali Baba, syarikat besar berasal dari negara China. Masalahnya sekarang ialah mesin E-pay tidak menerima pembayaran bil menggunakan AliPay. Saya pula sudah menekan butang yang patut, maka transaksi telah dikira berlaku dan dimasukkan di dalam rekod jual beli harian. Mahu atau tidak mahu, pelanggan tersebut harus membayar dengan wang fizikal supaya saya tak kena bayar. banyak tu RM 150 !, hahahha...menggaru kepala saya dibuatnya. Akhirnya setelah bebrapa ketika, pelanggan tersebut datang semula dengan cash money dan bayar bil dia. Selesai!
Selepas kejadian tersebut, saya tidak lagi berani mengambil pelanggan yang ingin membayar bil, malas dan leceh. hahaha..minggu seterusnya, saya bekerja selama 5 hari syif malam. Untuk syif malam akan masuk jam 11 malam dan pulang pada 7 pagi keesokkan harinya. Syif malam ni yang seronoknya tak ramai orang dan tenang. tetapi yang tak seronoknya mengantuk dan terdedah dengan ancaman rompakan.Alhadulillah disepajang saya bertugas, tiada cubaab rompakan atau samun yang berlaku, yang ada hanya beberapa pramugari menyamun hati saya, eh? abaikan. Bekerja pada syif malam juga bermakna saya perlu menerima stok roti dan surat khabar pada awal pagi. Kebiasaannya pada jam 5 pagi lori yang membawa roti seperti Gardenia, 7Days, dan sebagainya akan datang dan menghantar roti segar daripada kilang. Brother2 despatch surat khabar juga datang pada waktu-waktu ini. Maka, dapatlah saya membaca surat khabar lebih awal daripada orang lain sambil menikmati roti segar hangat di awal pagi. fuh nikmat!
Selepas hanya 2 minggu bekerja di 7 Eleven, saya memohon untuk berhenti. Bukan sebab tak suka ataupun penat, tetai kerana saya sudah mendapat tawaran kerja yang lebih lumayan dan bertepatan dengan kelayakkan saya. Apapun, pada saya semua yang baik dan buruk sepanjang saya bekerja di 7 Eleven akan saya simpan sebagai pengalaman dan memori saya. Ada je masalah dengan SM dan sebagainya, tetapi malas saya nak taipkan disini, lagipun sudah hampir 6 bulan saya tidak menaip dan tiada entry baharu.hahaha..Jemari saya masih kaku dan otak tidak ligan menyusun kata. Tunggu saya cari semual rentak menulis, dan kita bersua lagi ye! hiks
*kepada sesiapa yang ada persoalan tentang bekerja dia 7 Eleven, boleh ajukan di ruangan komen dibawah, inshallah akan saya balas sebaiknya. senyum