Skuad
CHELSEA bimbingan Jose Mourinho menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris pada musim 2014/2015 dengan penuh bergaya. Memenangi gelaran liga dengan berbaki tiga lagi perlawanan, mereka meninggalkan pasukan tangga kedua jauh dibelakang dengan perbezaan mata yang menggunung tinggi, 16 mata dihadapan Arsenal.. Mereka menyambut kejayaan pada minggu perlawanan ke 33 ketika menentang pasukan Crystal Palace, 25 kemenangan dan 2 kekalahan sahaja sepanjang musim. Menakjubkan!. Pada minit ke 42, Eden Hazard tenang menanduk masuk bola muntah selepas sepakan penaltinya diselamatkan penjaga gol pasukan Crystal Palace. Usai tiupan wisel tamat perlawanan, pemain Chelsea berlari meraikan kemenangan. Jose Mourinho melambai ceria ke arah penonton, John Terry tunduk sebak, gelaran liga ke empatnya sepanjang menjadi kapten skuad London itu. Megah, meriah dan gegak-gempita stadium Stamford Bridge. One of the best day of my life!
Five reasons why Chelsea won the Premier League
Namun tiada siapa mampu menjangka skuad yang dianggap formidable selepas kejayaaan mereka ini tersungkur jatuh pada musim berikutnya. The Blues melalui kempen terburuk mereka dalam misi mempertahankan gelaran tahkta Liga Perdana Inggeris. Walaupun masih dengan skuad yang terdiri daripada penyerang berbisa Diego Costa, midfield maestro Cesc Fabregas, dan PFA Player of The Year Eden Hazard, mereka menamatkan saingan musim 2015/2016 di tangga ke 10 liga. Satu pencapaian yang memalukan dan tidak patut bagi kelab besar seperti Chelsea. Jadi dimana salahnya mereka, apakah yang terjadi sebenarnya? apa ibrah yang dapat kita ambil daripada insiden ini.haa
KEHARMONIAN PASUKAN
Pertama, keharmonian pasukan telah tiada. Perbalahan dalaman antara Jose Mourinho dan doktor pasukan, Eva carnero telah menyebabkan kem chelsea berpecah-belah dan tidak harmoni lagi. Dengan sebahagian pemain menyokong Mourinho dan segelintir lagi menyokong Eva, ini jelas membuatkan
backroom chelsea ribut. Begitulah juga kita di dalam keluarga mahupun bekerja di dalam sesuatu organisasi. Jika hal dalaman tidak dapat kita kawal dengan baik, kesannya akan musnah lah apa yang cuba kumpulan atau keluarga kita gapai. Dari segi perspektif islam, ia dirungkaikan melalui hadis nabi yakni,
"Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam hal saling mencintai dan
berkasih sayang
adalah ibarat satu tubuh; apabila satu organnya merasa sakit, maka seluruh tubuh
akan sulit
tidur dan merasa demam." (Riwayat Muslim)
Oleh itu, seharusnya suasana tempat kerja atau rumah itu dijaga dengan baik agar tidak memberi kesan negatif kepada ahli-ahli komuniti tersebut. Apabila setiap ahli mempunyai rasa kebersamaan dan kebergantungan antara satu sama lain, inshallah masalah-masalah luaran dapat diatasi dengan mudah, bersama-sama.
KEKUATAN MENTAL
Kedua, kelemahan mental para pemain. Selepas separuh musim 2015/2016, kedudukan Chelsea amat rendah di dalam carta liga apabila mereka hanya berada 1 mata daripada zon penyingkiran. Hal ini jelas menyebabkan pemilik kelab, Roman Abramovich panas punggung dan akhirnya mengambil keputusan drastik. Memecat pengurus paling berjaya bagi kelab yang berpangkalan di London itu yakni Jose Mourinho. Tika itu,mentaliti kemenangan seakan-akan telah lesap daripada para pemain chelsea. Mereka seolah-olah sudah tidak minat untuk bermain bola sepak. Kekuatan mentaliti adalah antara faktor vital di dalam setiap perkara yang kita lakukan.
Contoh mudah semasa kejohanan merentas desa mahupun jika anda menyertai mana-mana
runnings event. Di atas kertas 10KM nampak pendek dan mampu kita habiskan, tapi buat
non-frequent runner 10 km pun tercungap-cungap dibuatnya!gelak. waktu berlari bukan kekuatan fizikal sebenarnya yang memainkan peranan, tetapi kekuatan mental. Dengan kekuatan mental yang tinggi sebenarnya anda boleh pergi lebih jauh dan bukan hanya sekadar 10 km. Hanya selepas badan dah
flat out baru kita akan berhenti. ini pandangan aku lah atas pengalaman sendiri, haha.
ISU KEPERCAYAAN
Isu kepercayaan sesama ahli pasukan boleh dianggap perkara pertama yang perlu digilap dan dikuasai sebelum anda membawa sesuatu pasukan. Di dalam dunia organisasi dan hidup bermasyarakat, kepercayaan sesama pasukan menentukan keharmonian dan produktiviti pasukan tersebut. Jika seorang ketua tidak mampu meletakkan kepercayaan kepada ahli pasukannya, sudah tentu semua kerja akan dilakukannya sendirian. Maka tiada gunalah pasukan di bawah bimbingannya, betul tak?. Begitu juga dengan ahli pasukan yang tidak mempercayai ketua mereka, segala arahan yang diberikan pasti akan dipertikaikan dan didipersoalkan. Benar tidak salah untuk kita membantah jika kita mempunyai cadangan yang lebih baik. Namun kita harus menggunakan saluran yang betul bukan dengan bermasam muka dan buat kerja tak ikhlas. Perlu diingati juga ketua itu telah memikirkan segala kemungkinan yang akan berlaku sebelum memberi sesuatu arahan, ini kerana beliau mempunyai lebih banyak maklumat sesuai dengan kedudukannya sebagai seorang ketua. Dalam erti kata mudah, dia mempunyai gambaran lebih besar dan jelas tentang permasaalahan tersebut.
Isu kepercayaan di dalam pasukan chelsea mula dipersoalkan setelah bertebarannya khabar angin bahawa ada tikus yang menghancurkan pasukan daripada dalam. Dan kemuncaknya apabila jeneral bahagian midfield, Cesc Fabregas mengeluarkan kenyataan menafikan yang beliau mengetuai sekumpulan pemain untuk menjatuhkan Jose Mourinho. Aneh bukan? Fabregas yang unggul dengan bantuan gol (assist) tertinggi musim lepas jatuh merudum dengan hanya 3 assist sahaja. Begitu juga dengan mesin gol, Diego costa yang meledak 20 gol pada musim pertamanya hanya mencatat 12 gol pada musim 2015/2016. Paling menarik, selepas pemergian Mourinho, Diego costa meledak 6 gol di dalam 3 perlawanan berturut-turut. Aneh bukan? senyum sinis.
|
pengurus baharu, Antonio Conte |
Namun langit yang gelap tidak selamanya akan kekal kelam. Disepanjang torowong yang gelap gelita di penghujungnya pasti ada sinar cahaya. Begitu juga dengan kisah the Blues. selepas Guus Hiddink melepaskan jawatannya sebagai pengurus sementara Chelsea, pengurus baharu berbangsa Itali dibawa masuk. Antonio Conte, nama yang sudah tidak asing lagi di dalam dunia bola sepak. 3 gelaran Serie A bersama Juventus FC dan 2 tahun pengalaman bersama skuad kebangsaan Itali, beliau dilihat sebagai calon yang paling sesuai untuk rejuvenasi chelsea.
Kesimpulannya, sahaja aku ambil pasukan chelsea sebagai ibrah kerana kisah kejatuhan mereka yang terlalu drastik.
okay tipu.
actually because i'm a die hard fan of chelsea, senyum. Kepada semua kipas susah mati chelsea macam aku, jangan risau gais. Dengan ketibaan Antonio Conte, Mitchy Batshuayi dan Kante, musim ini kita akan rampas semula takhta liga!haha, tak salah en pasang impian. Apapun, aku cuba cari persamaan dan kaitan antara kisah ngeri chelsea 2015/16 dengan pengurusan kita di dalam sesuatu organisasi mahupun di dalam keluarga kita. Dan hasilnya tiga perkara di atas. Sekadar ingatan juga, ini hanyalah pandangan dan pendapat daripada seorang al-faqir seperti aku, jadi tak semestinya benar dan betul berkesan. Selamat kembali Liga Perdana Inggeris!