Usia sememangnya salah satu rahsia terhebat yang Allah pegang daripada pengetahuan manusia. Ada orang usianya panjang, sangat panjang. Ada juga yang singkat. Tak lupa juga yang tersangat singkat. Namun setiap satu daripada jangka usia ini mempunyai kisahnya yang tersendiri. Ada insan usianya singkat namun jasanya,kehadirannya, auranya hidup dalam diri orang-orang disekelilingnya. Sedih jika usia yang panjang diisi dengan menjadi duri dalam daging kepada insan lain. Maka gunakanlah masa pinjaman di atas dunia ini dengan sebaiknya. Kerna kita takkan pernah tahu bila "masa" kita untuk pergi.
Tarikh 4 April 2016, kira-kira jam 10 pagi saya membuka aplikasi whatsapp di dalam telefon. Hari isnin sebegini jadual kelas saya memang padat. Bermula seawal jam 8.30 pagi dengan kelas matematik 5, dan berakhir jam 5 petang. Namun hari ini di pertengahan kelas tergerak hati saya untuk buka dan sekurang-kurangnya seen mesej yang masuk di dalam group family.
Tika ini saya hanya memanjat doa dan berharap semuanya baik-baik sahaja. Jam 10 pagi menapak ke bangunan E0 untuk kelas Engineering Management 1. Kasihan Dr Malik bersungguh-sungguh menerangkan tentang Simplex method. Namun waktu itu fikiran saya dah melayang jauh. hanya jasad sahaja yang ada di dalam kelas terduduk kaku. Saya mula terbayang pelbagai outcome dan salah satunya, adalah opah pergi meninggalkan kami. Sebelum ini memnag pernah saya bayangkan yang hal sebegini tentu akan berlaku. 12 tahun yang lalu adalah kali terakhir ahli keluarga meninggal dunia dalam hidup saya. Waktu itu mungkin saya terlalu muda dan masih tiada keterikatan emosi yang kuat. dengan insan yang meninggal itu. Masih muda dan di alam kanak-kanak kata orang. Perlahan kaki menapak ke kelas Computer architecture and organization sambil hati memanjat doa.
Sepanjang kelas COA, mata saya tidak lekang dari memnadang skrin telefon bimbit. Sesekali menjeling jika ada sebarang update perihal keadaan opah. Tepat jam 11.54 am, Sony Experia C putih salju bergetar. Sebaris mesej dariapda abah masuk, "Opah br kembali kerahmatullah pkl 11 lbh td. abah br nak kluar rmh". Ringkas dan mendalam. Saya hanya diam sambil jari terus scroll dan scroll pula mesej-mesej di group family yang lebih besar. Namun saya langsung tak memberi sebarang respond. Punat screen off ditekan dan saya letakkan telefon dibawah meja. Mendongkat dahu sambil acah-acah buat faham apa yang Dr Masyukri terangkan dihadapan, saya mengendahkan apa yang baru saya baca tadi. Adakah ini mimpi?
Seolah-olah tembus pandangan mata saya ke arah layar projektor sehingga ke Batu malim, Pahang. Segalanya tentang opah mula datang satu demi satu ke kotak fikiran. Memenuhi pandangan mata seperti video flashback. Senyumannya, gelak tawanya, masamnya, leterannya, sentuhannya, sorotan mata. tenang dan penuh kisah. Kedutan di telapak tanganya sangat terasa jika bersalaman dengan opah, tangan yang berzaman berjasa buat anak-anaknya. Deringan telefon memaksa saya keluar kelas untuk menjawab panggilan daripada abah. Abah tanya dah baca mesej belum? saya menggeleng. kata tak tahu apa-apa. Denial. dan akhirnya semuanya telah jelas dan mula nampak rasional di minda, saya terima takdirnya. Opah ditakdirkan untuk pergi pada pagi isnin 4 April 2016. Pergi untuk bertemu dengan penciptanya, pergi meneruskan perjalanan ke alam seterusnya. Tidak sempat saya pulang kebilik untuk menyalin pakaian, jam 1 terus meluncur laju ke batu malim untuk pengebumian opah.
Saya terlibat secara langsung dengan proses pengurusan jenazah opah. Selepas dimandikan oleh emak dan ahli keluarga yang lain, jasad kaku opah kami usung untuk dikafankan. Badan opah ringan sangat berbanding sewaktu masih hidup. Dahulu opah perlu didukung kalau nak naik kereta, atau nak naik atas katil. Semuanya kerana setahun yang lalu opah terjatuh di dalam bilik air dan kakinya patah. Disebabkan faktor usianya yang telah lanjut, tulang kaki opah sudah tidak mampu menahan berat badannya. Kamilah yang mengangkat opah selalunya. Sejak insiden itu, opah duduk di rumah anak-anaknya. Bergilir -gilir antara adik beradik emak. Kebiasaanya sewaktu saya sedang bercuti semester opah ada tinggal di rumah kami. Kali terakhir opah berada di rumah kami, saya masih berjuang di penghujung semester 1 2015/2016. Jadi tak sempat nak luang masa sangat bersama dengannya.
Antara topik yang selalu saya bualkan dengan opah adalah pengalamannya ke tanah suci mekah. Walaupun hampir setiap kali berbual dengannya akan naik tajuk ini, saya tak pernah bosan. Rasanya dekat 8 kali juga kami berborak hal yang sama. Keterujaannya, nada suaranya, dan senyumannya dalam menceritakan pengalaman di sana amat indah. bahagia jelas sekali terpancar.
Diberi peluang terakhir untuk menatap opah, saya merenung wajah putih bersih opah sebelum menghadiahkan kucupan di dahinya, buat pertama kalinya dan yang terakhir. Sewaktu hidupnya hanya opah yang kucup dahi dan pipi saya,kita cucu ni terima sahajalah, haha.. Tapi hari ini saya sedar bahawa ia sangat bermakna. Air mata mula bertakung di mata walau saya cuba tahan semampu mungkin. Usai itu terus saya mengambil wudhuk.lama. wajah saya tekapkan dengan air yang ditadah di telapak tangan. "opah" hanya sepatah yang berulang-ulang di hati saya.
Semoga allah terima segala amal soleh opah dan ampunkan segala dosanya. Opah selamat pergi, sekarang kami lah yang kena struggle. al-fatihah.