Saturday, September 19, 2015

Potret

 

   Hari demi hari,kemajuan sains dan teknologi telah banyak memudahkan kehidupan manusia,tidak terkecuali di dalam bidang komunikasi.Jika kita imbau semula beberapa puluh ribu tahun yang terdahulu,manusia hanya dapat berkomunikasi dalam jarak yang sangat dekat dan sederhana.Sebagai contoh,mustahil bagi seseorang di benua Asia menghubungi kenalannya di benua Eropah tanpa wujudnya telefon.Bermula dari isyarat asap,pantulan cermin dan ketukan gong,sistem komunikasi manusia berevolusi masa demi masa.

   Kini,ledakan ciptaan laman sosial memenuhi kehendak bersosial manusia.Contohnya amat banyak seperti Facebook,Twitter,Instagram dan lama dahulu Myspace dan friendster.Tipulah kalau anda tak ingat zaman kita ber"YM" di Yahoo Messenger sebelum kini hanya berbual di whatsapp dan Telegram.Namun kita kecikkan sedikit skop perbualan kita boleh?.Yakni kita menjurus terus kepada laman sosial.Okay? hiks..Dan dari sini juga boleh kita bincangkan satu perkara,yakni bagaimana kita mempamerkan diri kita didalam media sosial.

   Setiap hari,hampir 4 jam ni yang normal rasanya masa yang kita luangkan dengan scroll timeline laman-laman sosial.Atau ada yang lebih parah,lebih daripada itu masa yang digunakan. Daripada aktiviti ini,kita dapat lihat stalk berbagai jenis manusia dan personaliti,beragai ragam dan karenah.Namun apa yang kadang menarik perhatian saya adalah bagaimana seseorang mempamerkan dirinya di laman media sosial.Ada satu contoh,tapi mungkin yang kurang manis sikit ialah semakin ramai ahkawat,sister atau gegadis yang berpakaian kemas,lengkap menutup aurat tetapi amat gemar berbicara mengenai membina masjid,zauj impian dan baiti jannati mawaddah wa rahmah katanya.Alhamdulillah,benar kita bersyukur kerana wanita-wanita islam kini lebih menjaga pemakaian mereka,namun pemikiran kita tidak seharusnya sempit dan terhad hanya kepada sesuatu perkara.Waluapun jumlahnya minoriti tapi jika trend ini tidak dibetulkan niatnya,akn membawa kepada wabak yang lebih besar.

   Bayangkan,belia-belia islam yang kita harapkan untuk memimpin dunia gemar berbicara mengenai membina rumah tangga berbanding isu-isu lain yang lebih aula baca prioriti.Contohnya,amat jarang kita berjumpa dengan belia yang rajin dalam memberi pandangan berkaitan isu semasa seperti nilai ringgit,isu kemanusiaan dan bermacam lagi.Tidak saya sangkal bahawa ilmu kita mungkin cetek untuk berbicara mengenai perkara tersebut,tapi apa salahnya kita bertanya pada yang mengetahui dan kita kongsikan hasil dapatan kita.kan?

"Maka bertanyalah kepada ahlinya (orang-oramg yang tahu atau pakar ) jika kamu tidak mengetahui keadaan sesuatu perkara"  Al-Nahl, 43

   Jadi secara tidak langsung kita telah mempamerkan sesuatu yang baik buat diri kita.Namun haruslah kita sedar dan tidak berlebih-lebihan.sebab apa? kerna kita takut jika kita termasuk dalam golongan orang yang bermuka-muka atau hipokrit..Kadangkala ada juga terdengar cerita bagaimana begitu indah dan baiknya seseorang itu mempotretkan dirinya di laman sosial,tetapi realitinya amat berbeza.Benda inilah perlu kita elakkan daripada berlaku.Sedih bila tengok gambarnya di facebook kemas menutup aurat dan menjaga percakapan namun bila berhadapan tuan badan,tidak seperti apa yang digambarkan.Moga kita diselamatkan allah dari berpelakuan seperti ini.

   Apa dan bagaimana kita potretkan diri kita di laman sosial juga menentukan jaringan pergaulan dan persahabatan kita.Jika yang kita kawan dan ikuti baik-baik orangnya,penuh dengan nasihat dan ajakan berbuat baik,maka aura positifnya pasti tempias kepada diri kita.Tapi jika sebaliknya,ia akan membuka pintu-pintu ke arah perkara yang negatif.Seperti mana hadis nabi yang menerangkan mengenai berkawan dengan penjual minyak wangi dan tukang besi,

 "Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli wangi-wangian daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak" (Riwayat Abu Daud)

   Suka juga saya berkongsi mengenai trend para majikan kini dalam mencari pekerja-pekerja baru buat syarikat mereka.Jangan terkejut jika saya katakan sewaktu anda ditemuduga,pihak penemuduga telah pun stalk awak di laman sosial!jangan terkejut dulu,adalagi ni..Ada juga syarikat yang sanggup follow personal account Twitter senarai pendek calon-calon yang berjaya untuk melihat bagaimana karenah dan perangai bakal pekerja mereka.Dari sini,mereka boleh membuat assumption bagaimana anda bertindak terhadap sesuatu isu yang datang menimpa diri awak.Menarik bukan?. Sebab itu kita kena menjaga setiap apa yang kita tulis dan kita luah di laman sosial.Orang kata apa,jika tak mampu luah di hadapan manusia,luah kan di tikar sejadah.

   Akhir kalam.tidaklah saya menulis ini sebab saya baik orangnya atau lebih tahu dari anda yang membaca,tapi sebab suka saya berpegang pada satu kata-kata seorang ulama.Katanya,
"Masyarakat kini nampak rosak dan bermasalah bukan kerana ramainya orang jahat,tapi kerana orang yang baik-baik diam dan tidak membuat bising"..
Maaf,ini mungkin seakan-akan apa yang diucapkannya kerna saya tak ingat yang penuh,haha.Namun yang penting adalah isinya.Bilamana orang yang positif tidak berbicara dan menegur yang negatif,maka keadaan itu akan bertambah buruk.Jadi,sama-samalah kita menjaga diri kita dalam mempamerkan diri kita baik di laman sosial mahupun di alam realiti.Harusnya diantara keduanya ada perkaitan dan mengikut garis panduan yang ditetapkan islam.Inshallah moga allah bantu kita semua dalam menjaga diri kita. senyum sikit? :)



Friday, September 11, 2015

Kesayanganku, Azra'



   Alhamdulilah tanggal 6 September 2015,tirai semester baharu  bagi pengajian saya di UIAM telah dinaikkan semula.Seperti biasa,pada hari ini kami mandaftar dan mengemas bilik yang akan dihuni buat semester ini.Habuk dan debunya tidak usah dicerita,cukuplah bagi yang merasainya.senyum.
Permulaan semester baharu ini juga,sempat saya ke Ong Tai Kim sebentar kerana ingin merawat kekasih hati si Azra' yang kurang sihat kebelakangan ini.Sejak dari semester pertama,Azra' lah peneman saya pagi,siang dan malam.Walaupun kadang-kadang ia merajuk dan suka buat hal,kita layankan ajelah.Iyalah,siapa lagi yang sanggup menahan karenah saya melainkan Azra'.

   Pada masa inilah kisah yang menyentuh hati saya berlaku,Walaupun sentuhannya mungkin terlalu lembut buat saya yang berhati agak keras dan ego,namun tetap ada "contact".Bak kata pengadil yang melayangkan kad merah kepada Nazmi Faiz dalam perlawanan terakhir liga Super pasukan Selangor beberapa minggu yang lepas.

   Ketika itu,Azra' sedang dirawat dan ditukar kedua-dua roda nya kerna telah lusuh setelah hampir 13 tahun berbakti kepada saya.Dalam kekhusukkan saya memerhati Azra dibaiki,datang sebuah keluarga menghampiri kedai tempat saya mengambil duduk merenung Azra.Keluarga ini terdiri daripada dua orang anak kecil dalam lingkungan usia 8-12 tahun dan seorang anak lelaki yang saya kira berada di sekolah menengah.Mereka ditemani ibu dan mungkin nenek mereka ketika itu menurut pengamatan saya.Di benak pemikiran,sudah pasti tujuan mereka hadir kesini untuk membeli basikal buat si anak.

   Ketika itu si anak lelaki mula mencari-cari dan meneliti setiap basikal yang ada dihadapan matanya.Mungkin pada sesetengah orang,basikal hanyalah satu bentuk kenderaan yang biasa dan murah,tetapi pada insan lain,ia adalah satu bentuk kemewahan.Dan pada keluarga ini,ia bukanlah sesuatu yang murah.Remaja lelaki tadi menunjuk dan memilih satu demi satu basikal yang berkenan dihatinya,namun setiap kali itu jugalah sang ibu terpaksa menolak kerna harganya yang tidak mampu mereka tanggungi.Kala waktu itu, saya tersepit di tengah-tengah perbualan dan terpaksa mendengar,haha.

"Yang ni mak?"
ujar remaja tersebut sambil jari telunjuk menghala ke arah sebuah moutain bike yang tergantung di dinding kedai.

"Yang ini seribu lima ratus saja ma,stok lama kita mau kasi habis"
laju aunty pemilik kedai tersebut mencelah.
Si ibu menggeleng perlahan,

"Yang murah lagi takda ka amoi?" soal si ibu.

"ada,inilah harga baru seratus lapan puluh sajaa" jawabnya sambil menujuk ke arah sebuah basikal tanpa gear yang terletak di hujung deretan basikal tersebut.

remaja tersebut menggeleng dan masih dengan ingin mengikut pilihan hatinya.Kali ini sebuah basikal fixi,berharga lebih kurang 380 ringgit malaysia.Walaupun agak janggal kerana duduk disitu,saya tidak mampu menukar kerusi kerana tempat duduk yang disediakan berada benar-benar hampir dengan mereka.Maka,setiap perbualan mereka saya terpaksa dengar walaupun nampak macam busy body kata orang.haha

   Akhirnya selepas beberapa ketika,basikal fixi itu dibawa turun dari dinding kedai dan diletakkan di lantai sedia untuk disiapkan oleh pekerja kedai tersebut.Ini kerana kebiasaannya basikal yang dipamerkan ini pedalnya masih belum dipasang serta letak duduk penunggang akan di selaraskan ketika itu juga.Kala itu,terlintas dihati saya betapa besarnya pengorbanan dan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak mereka,seorang ibu kepada anaknya.Kadang-kadang di usia remaja kita sering tidak sekepala dengan emak atau abah lebih-lebih lagi.Sering kita merasakan mereka menggongkong hidup kita.Nak keluar dengan kawan-kawan,mak tak bagi,.Nak pergi tidur lewat malam menonton tv,awal lagi sudah disuruh masuk ke kamar dan bermacam lagi.Namun inilah sebenarnya tanda mereka menyayangi kita.Tanda bahawa ibubapa kita sentiasa hendak yang terbaik buat kita,Kan?

   Seluruh kehidupan saya di sekolah menengah saya menetap di asrama.5 tahun terpisah dan tidak duduk sebumbung dengan emak dan abah menyebabkan saya sedar bahawa masa yang saya habiskan dengan mereka sebenarnya terlalu sedikit.Saya mengambil contoh pelajar yang tinggal di asrama sewaktu zaman pesekolahan,kini anda menyambung pengajian di universiti selama 4 tahun dan kemudian masuk alam pekerjaan dan perkahwinan,sudah tentu kita akan duduk berasingan dengan kedua-dua ibu bapa kita.Jadi sebenarnya berapa banyak sahaja masa yang kita luangkan bersama kedua ibu bapa kita? sedikit bukan.Kerna itu saya sarankan kepada diri saya sendiri dan anda semua,gunakanlah masa yang kita ada dengan ibubapa kita ini sebaik mungkin.Kita tidak sedar,sedang kita semakin membesar dan berdikari ibubapa kita juga semakin tua dan berusia.

   Akhirnya selepas kira-kira 45 minit,Azra siap dibaiki dan sedia untuk ditunggang semula.Saya gembira,dan terharu.Kerna abah sanggup melayan dan menghantar saya kesini untuk merawat si Azra."Terima kasih abah",ujar saya sambil mula menolak gear ke dalam mode drive dan memandu Naza Ria hitam ke arah UIAM Gombak.Sungguhlah,kisah hari ini yang  berlaku di depan mata saya membuka pemikiran dan hati saya.Secara jujurnya,saya bukanlah jenis yang mudah meluahkan perasaan dalam bentuk perkataan dan perlakuan,jadi ungkapan terima kasih is an improvement i guess,haha.Biasanya kami sama-sama faham bahwa anak gembira,ibu bapa pun suka.Seakan-akan telah ada persefahaman antara kami yang tidak memerlukan tutur kata untuk meluahkannnya.Tapi hari ini saya berjaya mengorak langkah untuk lebih menghargai orang yang saya sayang.Bukan setakat dari segi perlakuan,tetapi juga dari segi lisan.Kebiasaannya lelaki memang kurang sikit bab-bab meluahkan perasaan ini terhadap insan yang mereka sayang..Mereka sayang,tapi ditunjukkan dengan perbuatan dan perlakuan namun amat jarang sekali melalui percakapan.Ego tinggi dan nak jaga macho lah konon,haha.

   Moga semester baharu ini dapat saya lalui dengan jayanya.Dan semoga kita semua menghargai ibu bapa kita sementara mereka masih ada.Kerna tanpa redha mereka,pintu syurga takkan terbuka buat kita.Selamat kembali ke kelas dan selamat menuntut ilmu saya ucapkan buat rakan-rakan seperjuangan sekalian.Sering saya ingatkan diri bahwa tujuan kita belajar bukan hanya untuk kepentingan kita sendiri,tetapi adalah demi agama kita sendiri. :)

Azra' yang setia bersama saya!
Kalau nampak saya dan Azra berjalan bersama jangan lupa tegur ya! sebab kadang tak perasaan dengan kehadiran anda,hiks :)


 

Friday, September 04, 2015

Secangkir Teh Pengubat Letih

   Assalamualaikum..hai!! lama dah tak jumpa dalam ruangan ini,haha.Inshallah kali ini saya cuba kongsikan manfaat daripada buku yang telah saya baca.Buku ini saya telah baca sewaktu selepas SPM dulu.Iye,semasa cuti 3 bulan yang tersangatlah lama dan menggemukkan itu.haha.Jadi inilah dia,buku bertajuk,

 "Secangkir Teh Pengubat Letih"



okay,bismillah...

   Buku ini adalah karya pertama daripada Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang saya baca.Bertitik tolak daripada buku ini,saya terus terpikat dengan gaya penulisan dan lenggok bahasa yang digunakan oleh ustaz Hasrizal.Menariknya,saya tak beli pun buku ini,tapi milik kakak sulong saya!.ok,tak menarik,haha

   Sesuai dengan tajuk buku ini,ia sebenarnya adalah travelog kehidupan Ustaz Hasrizal yang sering ke negara Turki.Menurut pembacaan saya,buku ini kaya dengan maklumat-maklumat sejarah mengenai negara Turki dan juga keadaan di sana.Penulis juga pandai menggarap suasana di Turki untuk dibandingkan dengan negara kita, Malaysia.Selain itu,kisah persahabatan antara penulis dengan rakannya di Turki,Fatih amat menyentuh perasaaan.Hasil bentuk penceritaan penulis yang santai dan menarik menyebabkan saya teruja untuk berkenalan dengan Fatih!.

   Buku ini juga diisi dengan idea-idea dan pandangan peribadi penulis terhadap sesuatu perkara. Secara tidak langsung,ia sangat merangsang otak saya untuk berfikir.tidakkk,lol.
Secangkir Teh Pengubat Letih juga menyunting semangat saya untuk berkelana ke negara yang pernah digelar The Sickman Of Europe. Saya ingin merasai sendiri islam disini,sebuah negara bekas tadbiran khalifah yang runtuh lalu diperintah dengan fahaman sekularis.Saya ingin melihat wajah-wajah masyarakat disini,gaya hidup mereka,percakapan mereka dan merasai makanan mereka,huhu.Inshallah.Harap-harap dapatlah menjejakkan  kaki ke bumi khilafah uthmaniyah ini kelak.amin.

   Secara keseluruhannya,buku ini sangat bagus untuk dibaca oleh semua peringkat umur,lebih-lebih lagi yang sudah menginjak ke tahap remaja dan belia.Isi kandungannya membina dan sangat bermanfaat.Sejak membaca buku ini,saya tidak pernah terlepas mengikuti karya-karya dan hasil penulisan ustaz Hasrizal.Anda juga boleh mengunjungi blog ustaz disini ..Masih lagi tak kenal Ustaz Hasrizal? beliau lah penulis buku best seller "Aku terima nikahnya",huhu..hat ni saya tak baca lagi.
heeee~

sekian itu sahaja.Jangan malas membaca,sebab ada kajian mengatakan bahawa,

*saya suka membaca,eh.
 

Tuesday, September 01, 2015

Are you twins?!



"Kau ada kembar?! serius?"

"Weh asal kerek sangat,aku senyum kau buat tak layan aje,kuajar"

"Kau nampak aku tak tegur pun en,,macam ni lah member"

"awak tak nampak saya ke,siapa saya dimata awak huh? menciklah!"

Diatas adalah antara statements yang biasa saya dengar dari sahabat handai dan kenalan.Sebab dah terbiasa sangat,jadi selalunya saya anggap ia sebagai satu lawak jenaka.Seronok tengok orang kena prank,kena tipu,haha..ok-ok,kesian dekat anda,maafkan saya.

   Realitinya,memang hidup sebagai kembar seiras sangat menyeronokkan dan terasa femes pula,eh.Manakan tidak,hampir dimana sahaja saya pergi,pasti ada yang akan menegur atau menyapa.Tidak kurang juga yang melempar senyum manis dan mengenyit mata,eh.Kebetulan saya dan kembar belajar di universiti yang sama,jadi insiden-insiden ditegur orang yang tak dikenali sangat tinggi!maka bermula lah drama hebat dari kami,layak dapat Oscar's Award rasanya,best actor,haha..

   Masyarakat sering menganggap bahawa pasangan kembar sangat rapat dan tidak boleh dipisahkan.But i guess it doesn't work with us.Kami biasanya jarang sekepala lebih-lebih lagi di tempat awam.Cerita dia,semasa zaman sekolah menengah kami sama-sama menetap di asrama sekolah.Memanglah sebumbung,tetapi berlainan dorm,kelas berbeza hinggalah waktu tingkatan tiga,baru kami ditempatkan didalam kelas yang sama.Dan seperti biasa sewaktu riadah,we were never in the same team.It was always a duel among us.



   Antara perkara utama hidup sebagai pasangan kembar ialah persaingan itu akan sentiasa ada.Baik secara sedar atau secara tidak sedar,orang kata unconscious.Sejak dari kecil kami biasanya akan bersaing,the best cloth,the best posing ever,academic achivement which i lost twice and also the best stories.Dulu semasa menengah atas,both of us depart to boarding school,so the tension is a bit high there. Biasalah,masing-masing nak menangkan sekolah dia kan.Semasa pulang bercuti di rumah,waktu malam sambil baring menunggu mata terlelap,kengkadang kami share stories sekolah siapa lagi hebat.
mrsm vs sbp memang panas ah!lol.

   Tapi semasa kecil,sewaktu tengah pipi pau dan kulit putih bak salju,memang kami ada banyak persamaan.Baju sama,seluar sama,mainan pun dua-dua kena dapat yang sama.Atau look-a-like lah macam Ultraman Tiga bersama partnernya Ultraman Dyna.Semua ini sudah tentunya ada campur tangan mak ayah,tu sama je semua tu.Soalan yang paling banyak orang tanya ialah "siapa abang?siapa adik?"herm rumit.Bila berada dikawasan kampung,orang kata yang lahir dulu dia adik sebab adat melayu abang akan mengalah.Manakala dikawasan bandar pendapatMay mengatakan bahawa yang lahir dahululah abang,pening saya.Jadi selalunya saya akan jawab dengan sebaris ayat yang mudah dan ringkas, "saya boleh pilih nak jadi abang ke adik,haha".

Ok apalagi korang nak tahu,spill it.

   Konklusinya,hidup dengan seorang kembar berbeza mengikut pasangan kembar itu sendiri.Ada yang jenis berkepit doploh ompek jam tak boleh berpisah usually females dan ada juga yang bagai langit dan bumi beza perangainya.Tetapi untuk kami,saya merasakan hubungan kami bagai roti Gardenia dengan Nuttela,atau gula dengan air panas,muahaha.Walau memang jarang kami tunjuk hubungan kekembaran amik kau itu di khalayak ramai,tetapi bila di rumah,sewaktu dengan keluarga,kami rapat sahaja,like normal siblings. Entahlah,mungkin sebab ada rasa there's no need to show off sangat kut hubungan tu,haha.Pasal tu kami jarang bertegur walau kengkadang ada selisih di kampus.

   Eh jap ada lagi,haha.By having a twin,it really gave you a huge extended network of friends.Serius cakap,network akan jadi sangat luas dan lebar.Contohnya,pernah saya layan sahabat kembar saya yang kebetulan menyapa saya,kami bersembang sehingga kira-kira 10 minit baru beliau sedar saya bukan orang yang dimaksudkan.Kantoi pun sebab tiba-tiba dia bertanya perihal subjek ICT,lecturer yang mengajar,memang saya tak terjawablah.haha.Lakonan 10 minit berakhir dengan gelak awkward.Tapi dari insiden-insiden seperti inilah biasanya a friendship is build, a love is sparked!.Dan saya tidak kisah pun malah lagi gembira kerana bertambah jumlah kawan!.

   Rasanya itu sahajalah maklumat yang boleh didedahkan pada khalayak ramai.Others is considered as classified,terms and conditions applied.Kang sambung menulis kang syok sendiri pulak,haha.Tapi ada satu benda suka saya hendak berpesan,jika anda ada kawan yang kembar seiras jangan malu-malu nak tegur sekiranya terserempak.Kalau salah pun nak malu apa,nanti lama-lama boleh jadi kawan,kan?haha..Kami akan layan inshallah.I'm good in acting,try lah, hiks :)

-sekian-

*tebal muka aku tulis entry nih.poyo betul.haha